Saya yakin anda pastinya teruja mahu rasai suasana bercuti di Pulau Boracay yang cantik dan memiliki pasir yang putih bersih ini.Selain, dengan pantainya yang cantik, di Boracay juga terdapat pelbagai tempat shopping yang menarik dan akan membuatkan anda membeli barang atau cenderamata untuk dibawa ke tanah air. Berikut adalah 5 tempat Syoknya Bershopping Di Boracay, Filipina.
5 Tempat Syoknya Bershopping Di Boracay, Filipina
1.D Mall
D’Mall adalah pusat membeli-belah dan makanan utama di Boracay. Pusat membeli belah ini berbeza dari pusat membeli-belah moden, kerana reka bentuk terbuka dan sebilangan besar gerai, kios dan kedai pelbagai saiz dan bentuk.
Di D’ Mall ini anda akan mendapati hampir semua yang anda perlukan untuk percutian anda ada di sini, seperti pakaian, cenderahati, dan aksesori pantai. Terdapat juga bar dan restoran yang hebat, di mana anda boleh menikmati kegemaran makanan tempatan dan antarabangsa.
2. E Mall
E Mall adalah tempat yang best untuk mencari cenderamata, pakaian renang dan pakaian Boracay. Ia lebih kurang sama dengan D’Mall tetapi harga barangan di sini lebih murah.
Selain itu, apa yang bestnya lagi di E Mall ini tawar-menawar dan bergurau dengan penjaja dibenarkan, kemudian anda juga boleh menikmati minuman dan makanan ringan di salah satu daripada banyak bar dan restoran di sini.
3. City Mall
City Mall adalah pusat komersil yang pertama dibuka di Pulau Boracay. Terletak di persimpangan Jalan Boracay Utama dan Diniwid, tepat di sebelah Fairways dan Lapangan Golf Bluewater.
City Mall ini akan menawarkan anda ruang berhawa dingin dan moden untuk membeli-belah dengan selesa.Terdapat juga gerai makanan, butik fesyen, farmasi, pusat permainan kecil untuk kanak-kanak dan kedai runcit.
4. At Iz Boracay Co.
Dikenali sebagai House of Dried Products dan Pasalubong Center, Di Iz Boracay Co mempunyai tiga cabang di pulau Borocay ini, untuk melayani anda dengan lebih baik!
Sebelum anda pulang ke tanah air anda juga boleh membeli beberapa bungkus mangga, cip pisang dan banyak lagi untuk dijadikan cenderamata untuk diberi kepada rakan dan keluarga.
Di samping itu, di Iz Boracay Co. juga ada menjual sabun organik, minyak kelapa dara dan sebagainya.
5. Shopping Di Pantai
Sekiranya anda malas untuk berjalan atau pergi jauh dari pantai, anda juga boleh membeli belah di kawasan pantai Boracay sahaja kerana disekitar pantai juga terdapat beberapa buah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian, cenderamata dan makanan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!