Percutian bajet yang murah dan seronok untuk pelancong yang kena dengan bajet anda. Ini adalah merupakan antara Tips-tips percutian bajet yang murah dan seronok. Di samping itu anda dapat melakukan pelbagai seronok bersama yang tersayang.
TIPS-TIPS BERCUTI DENGAN BAJET YANG MURAH DAN SERONOK.
1. KAJI TERLEBIH DAHULU TEMPAT YANG INGIN DIKUNJUNGI.
– Langkah pertama yang harus anda lakukan sebelum ingin pergi bercuti dengan percutian bajet yang murah dan seronok adalah anda haruslah menetapkan tujuan utama percutian anda ini bertemakan apa seperti foodhunting, bergambar, adventures, percutian mewah atau murah dan sebagainya. Seterusnya, anda perlulah mengkaji terlebih dahulu tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.
2. TETAPKAN TARIKH
– Selepas anda memilih tempat yang hendak anda kunjungi, anda perlulah menetapkan tarikh yang sesuai, untuk mengelakkan kesesakkan, pastikan tarikh yang anda pilih adalah bukan antara tarikh musim cuti sekolah atau perayaan, lebih baik tarikh yang anda hendak pergi itu adalah hari bekerja. Selain itu, perkara yang paling utama yang perlu anda lihat adalah musim, adakah selamat sekiranya anda pergi pada tempat tersebut musim itu.
3. PENGANGKUTAN
– Bagi menjimatkan lagi kos percutian anda, Penggunaan pengangkutan awam juga membantu seperti sekiranya anda ingin pergi dari suatu tempat ke suatu tempat anda boleh juga menaiki bas percuma dan MRT.
4. TEMPAT PENGINAPAN
– Di samping itu, terdapat pelbagai tempat penginapan yang menyediakan harga yang berpatutan. Malah sekarang terdapat beberapa apps yang akan membantu anda dalam membandingkan harga-harga hotel mengikut bajet yang diperuntukkan iaitu seperti Trivago, Booking, Airbnb dan lain-lain.
5. MAKANAN YANG MENARIK
– Setiap tempat atau negeri yang anda ingin kunjungi pastilah mempunyai tarikan dari segi makanannya. Apa yang saya dapat cadangkan di sini adalah jika anda ingin memesan makanan anda bolehlah berkongsi dengan rakan percutian dalam masa yang sama anda juga boleh menanyakan kepada pelayan di situ apakah makanan yang menjadi tarikan orang ramai di situ.
6. MASUK FREE
– Terdapat beberapa tempat menarik yang tidak dikenakan caj bayaran atau bayaran yang murah, yang penting anda haruslah melihat terlebih dahulu tempat tersebut di sosial media berapa harga bayaran tiket masuk ke sesuatu tempat tersebut.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!