Di Malaysia, pelbagai tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong terutama sekali ketika cuti persekolahan dan cuti umum. Setiap tempat yang dikunjungi mengandungi kelebihan tersendiri dan membawa pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan atau keluarga.
Aktiviti Menarik Di Pulau Redang
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan adalah Pulau Redang. Pasir pantai yang putih, lautan biru sejauh mata memandang dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang menjadikan pulau ini antara pulau yang menjadi pilihan ramai untuk menjadi destinasi percutian.
Jom, sama-sama kita tengok apa aktiviti menarik di Pulau Redang !
SNORKELING
Pulau Redang semestinya menjadi destinasi yang terbaik sekiranya anda memilih untuk snorkeling. Air di sini yang sangat jernih membolehkan anda untuk melihat kecantikan hidupan laut dekat Taman Laut Pulau Redang ni. Sungguh menakjubkan! Sangat lawa!
BERENANG DI PANTAI PASIR PANJANG
Pantai Pasir Panjang semestinya menjadi tumpuan sekiranya anda bercuti di Pulau Redang. Dengan kehadiran teluk, semstinya anda boleh bermandi-manda dengan tenang di sini. Air lautnya yang biru dan jernih menjadi punca utama Pantai Pasir Panjang menjadi tumpuan.
Pantai ini juga sangat sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga untuk bersuka ria, menghabiskan masa dengan keluarga. Tentunya pengalaman berenang di sini akan menjadi pengalaman paling berharga anda.
MELIHAT MATAHARI TERBIT DAN TERBENAM
Selepas seharian penat berenang dan bersuka ria bersama keluarga atau kawan kawan, tentunya tiba masa untuk berehat. Anda boleh tenangkan fikiran dengan menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam di Pulau Redang.
MELIHAT PENYU DI PULAU REDANG
Melihat penyu adalah satu aktiviti yang sangat biasa dilakukan oleh para pelancong yang bercuti di Pulau Redang.
Pasir Chagar Hutang adalah kawasan utama di Pulau Redang yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.Pantai ini tiada batasan dan biasanya, kalau pengunjung bersnorkeling di dalam air, kita boleh melihat kelibat penyu.
Para pengunjung boleh membantu secara sukarela di pusat penyelidikan penyu dan belajar lebih lagi tentangnya melalui kerja penyelidikan.
BEREHAT DAN ‘SUNBATHING’ DI PANTAI
Berehat selepas seharian berenang, bersuka ria memang disyorkan di pantai. Anda dapat melihat keindahan alam dengan mata sendiri, pemandangan yang sejauh mata memandang. Pasir pantai yang putih, air laut yang biru jernih tentunya satu pemandangan yang amat menenangkan mata.
Anda boleh menghubungi kami sekiranya berminat untuk ke Pulau Redang bersama kami di:
https://www.tripjalan.com/package/pulau-redang-3-days-2-nights/
Anda juga boleh melihat lagi artikel kami berkenaan destinasi perlancongan di Malaysia di sini:
https://www.tripjalan.com/destinations/5-pulau-wajib-dikunjungi-seluruh-malaysia/
https://www.tripjalan.com/destinations/5-tempat-yang-terbaik-untuk-scuba-diving-di-malaysia/
https://www.tripjalan.com/destinations/kecantikan-yang-ada-di-pulau-perhentian-terengganu/
https://www.tripjalan.com/destinations/mersing-day-trip-package/
https://www.tripjalan.com/destinations/4-trip-boathouse-istimewa-yang-ramai-tak-tahu/
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!