Hello Korang, Nak tahu tak Terdapat Banyak Aktiviti Yang Ohsem & Menyeronokkan Di Myanmar yang dapat anda lakukan bersama Insan2 yang Tersayang semasa bercuti di Myanmar. Haaa kalau nak ketahu lebih lanjut. Lets Check It Out.
TOP 8 AKTIVITI YANG OHSEM & MENYERONOKKAN DI MYANMAR
1. ISLAND HOPPING ADVENTURES DI KAWTHAUNG
Kawthaung terletak di bahagian paling rendah Myanmar yang tersembunyi dengan keindahannya yang mempersonakan.
Kawthaung telah menjadi Destinasi Hangat untuk para pelancong melakukan pengembaraan Island hopping.
Pulau popular untuk dikunjungi ialah Cock Comb Island yang mempunyai lagoon dalam bentuk hati & Pulau Nyaung Oo Phee yang memiliki pantai pasir putih yang lembut.
2. MENDAKI DI GUNUNG VICTORIA
Gunung Victoria (Nat Ma Taung) terletak di Chin State. Kini, Gunung Victoria telah ditambah baik & telah menjadi Destinasi pelancongan yang semakin mendadak naik.
Mendaki ke puncak gunung ini mengambil masa kira-kira 2 – 3 jam & diiringi dengan pemandangan menakjubkan. Anda pasti tidak akan menyesali akan keindahannya.
3. MENEROKAI KYAT CAVE
Kyat Cave ini tidak digalakkan kepada sesiapa yang lemah semangat kerana ia mempunyai sejarah gelap yang penuh dengan kejahatan & tempat melakukan ilmu sihir.
Anda akan menemui beberapa buah keranda yang ditinggalkan di dalam gua itu. Sekiranya anda peminat tegar dengan sejarah pelik & ganjil, maka ini adalah tempat yang sesuai.
4. MENEROKAI GUA DI HPA AN
Hpa An dikelilingi oleh gunung-gunung yang indah & kebanyakannya terdapat gua & pagoda yang besar. Jadi, banyak yang boleh dinikmati di Hpa An kerana terdapat 5 buah Gua yang mempunyai keunikannya tersendiri iaitu Gua Saddan, Gua Kawgun, Gua Yathaypan, Gua Bat & Gua Kaw Ka Thaung.
Jangan lepaskan peluang untuk menerokai kesemua Gua yang unik itu.
5. MENDAKI LANDSKAP HIMALAYA DI PUTAO
Putao di Kachin State memiliki kehebatannya yang mengagumkan akan tetapi para pelancong kurang mengetahui tentang kewujudan landskap Himalaya yang hebat ini.
Hiking adalah aktiviti utama yang menarik untuk dilakukan disini. Pemandangannya yang menakjubkan di Putao ini pasti akan menjanjikan anda ketenangan yang tidak dapat anda rasai di tempat lain.
6. BERBASIKAL DI SEKITAR BANDAR BAGAN
Menunggang skuter atau basikal untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Purba yang paling terkenal di Myanmar adalah salah satu aktiviti rileks untuk dilakukan di Myanmar.
Aktiviti ini amat sesuai dilakukan pada waktu pagi & sebelum matahari terbenam kerana pemandangan pada waktu itu amat menakjubkan. Anda juga dapat mengetahui tentang sejarah Myanmar pada dahulu kala.
7. HOT AIR BALLOON
Bandar Purba di Bagan ini menawarkan aktiviti menaiki Belon Udara Panas bagi menikmati landskap keindahan yang memukau.
Masa terbaik untuk menaiki belon udara ini adalah sebelum matahari terbit & waktu matahari terbenam. Menaiki Belon udara panas ini akan menjadi pengalaman yang mendebarkan kerana anda akan terbang di atas kuil purba & pagoda Bagan selama 40 minit.
8. MANDI MANDA DI AIR TERJUN DEE DOKE
Air Terjun Dee doke ini berada di Mandalay, Myanmar & terletak kira-kira sejam dari pusat bandar. Ia juga adalah sebuah permata tersembunyi di pergunungan yang memiliki air terjun yang memukau & lagun biru yang luar biasa.
Anda boleh bersantai-santai dengan mendaki selama 20 minit, berkelah atau bermandi manda di Air Terjun Dee Doke ini.
Haaa Jadi tunggu apa lagi. Cepat2 masukkan Aktiviti2 yang menarik ini pada List Percutian Anda sekiranya anda bercuti ke Myanmar. Anda pasti akan merasai pengalaman & keseronokkan yang tidak terhingga.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!