Terlalu banyaknya tempat untuk shopping di Beijing. Dari barang antik, murah, sederhana, ekslusif hinggalah barang-barang yang tak terfikir pun boleh didapati.
Sebagai Beijinger, banyak tempat di Beijing dan telah menimbang-tara kedai-kedai yang patut anda serbu apabila datang ke Beijing.
Untuk kaki shopping, di sini saya senaraikan tempat shopping sakan di Beijing dari perspektif seorang Beijinger.
Banyaknya Tempat Untuk Shopping Di Beijing
Santilun
Terletak di daerah Chaoyang, tempat yang menarik ini diberi nama Sanlitun. Ia adalah salah satu syurga membeli-belah di Beijing.
Terdapat banyak butik yang menjual barang-barang berjenama dan harga barangnya juga boleh dikatakan agak mahal. Bagi anda yang ingin mencari baju-baju yang berjenama, anda boleh datang ke sini.
Joy City Mall, Chaoyang Beilu
Jika anda meminati suasana membeli-belah gaya modern dan ekslusif, pergilah ke Joy City Mall yang terletak di Chaoyang Beilu. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Beijing yang terdapat pelbagai pilihan bagi kaki shopping.
Terdapat pasaraya, kedai-kedai kosmetik, farmasi, restoran, cafe, butik, restoran makanan segera dan rangkaian francaise terkenal di sini.
Antara jenama barangan popular disini termasuklah Hugo Boss, Coach, Brooks Brother, MaxMara, H&M, Miss Sixty, Sephora, Calvin Klein dan Ochirly. Di sini pun ada wayang tau.
Wangfujing Pedestrian Street
Wangfujing Street merupakan antara pusat perniagaan yang terkenal di Beijing. Hebatnya, ia turut tersenarai dalam tempat menarik di Beijing yang perlu anda lawati bersama keluarga.
Terdapat juga makanan ringan atau kudapan serta makanan tradisional Beijing yang dijual di sepanjang jalan di Wangfujing yang boleh anda cuba bagi yang halal.
Untuk anda yang beragama Islam, jangan khuatir kerana di sini juga terdapat makanan halal di kedai yang mempunyai tanda (清真Qīngzhēn) yang bermaksud halal.
Anda juga boleh membeli cenderahati dan dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak ditipu oleh peniaga malah perlu mahir tawar menawar dengan peniaga jika mahu membeli dengan harga yang lebih murah.
Pasar Sutera dan Mutiara di Yonganli
Pasar Sutera di Yonganli merupakan pasar yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong yang letaknya di sebuah pasaraya yang bertingkat-tingkat. Pasar ini merupakan tempat menarik di Beijing untuk anda membeli pelbagai barangan.
Terdapat banyak barang dijual di sini bermula dari kain dan terdapat bermacam jenis barangan lagi. Harganya pula amat berpatutan. Anda wajib luangkan masa untuk shopping di sini!
Pasar Antik Panjiayuan
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!