Hai Korang, Mari Terokai Fakta Menarik Di Koh Lipe Yang Wajib Anda Ketahui sebelum bercuti ke Laut yang sejernih & secantik laut di Maldives ini.
Saya pasti selepas anda menerokai serba sedikit fakta mengenai Koh Lipe ini, anda mesti nak Bercuti ke sini.
FAKTA MENARIK DI KOH LIPE YANG WAJIB ANDA KETAHUI

KOH LIPE YANG MENGAGUMKAN

Koh Lipe adalah sebuah pulau kecil berbentuk L yang terletak di wilayah Satun selatan Thailand & Bberada di pinggir Taman Laut Nasional Tarutao.
Pulau yang seakan-akan Melbourne ini didiami oleh suku kaum Chao Ley atau Gipsi Laut & merekalah yang mencipta nama Pulau Koh Lipe bermaksud Island Paper.
Terdapat 3 Pantai Koh Lipe yang Terkenal Dikalangan Pelancong :
a) Pattaya Beach
b) Sunrise Beach (Haad Chao Ley)
c) Sunset Beach (Haad Pramong)
PUAK MOKEN

Ko Lipe dihuni oleh Puak Moken atau Chao Ley & Populasinya mencecah 6000 orang. Chao Ley adalah orang Melayu yang hampir sama dengan Bajau Laut & Salone dari Burma.
Kebanyakannya puak Chao Ley beragama Islam & mereka mampu menyelam sedalam 20 meter tanpa sebarang peralatan.
AKTIVITI MENARIK YANG MENANTI ANDA DI KOH LIPE

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda di Koh Lipe ini. Antaranya ialah Snorkeling & Scuba Diving, ia adalah aktiviti wajib untuk sertai di Koh Lipe. Anda juga jangan lepaskan peluang untuk Snorkeling di Yong Hua Shipwreck, Sting Ray City, Hin Takorn Dukong & Stonehenge.
Selain itu, berkayak di kawasan Pantai Koh Lipe juga merupakan aktiviti yang Best dilakukan disini. Anda berpeluang menikmati keindahan hidupan dalam air yang menjangkaui pengetahuan kita.
SUASANA MALAM DI KOH LIPE

Apabila Terbenamnya Matahari pada waktu malam, Koh Lipe menjanjikan anda suasana yang cukup meriah kerana terdapat banyak gerai makanan di sepanjang pantai.
Anda juga boleh menikmati angin laut pada waktu malam di tepi pantai sambil duduk di kerusi sofa yang disediakan.
KOH LIPE WALKING STREET

Walking Street adalah salah satu Destinasi Menarik yang patut anda kunjungi di Koh Lipe. Ia juga amat meriah pada waktu malam kerana terdapat pelbagai pilihan restoran untuk dinikmati.
Walking Street dikelilingi dengan kawasan perkampungan & lokasi yang sesuai untuk bersiar-siar.
POPULAR DENGAN ANJING & NYAMUK

Jika anda nak tahu sebenarnya Koh Lipe juga dikenali sebagai ‘Dog island’ kerana anjing kerap berkeliaran dikawasan pantai. Anda tidak usah risau kerana anjing tersebut tidak akan mengejar selagi anda tidak mengganggu mereka.
Manakala Nyamuk pula adalah kerana pulau tersebut terdapat banyak nyamuk. Jadi jangan lupa Ridsect atau ubat nyamuk sebelum bercuti ke Koh Lipe.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!