Hello Guys, mesti korang semua tak tahukan sebenarnya Melbourne adalah sebuah Bandar yang dibanjiri dengan Emas. Haaa tunggu apa lagi Jom Terokai Melbourne Yang Dibanjiri Dengan Emas ini.
JOM TEROKAI MELBOURNE, AUSTRALIA YANG DIBANJIRI DENGAN EMAS
Melbourne adalah Bandar Kedua Terbesar yang Luar Biasa di Australia. Ia juga adalah Bandar seni bina yang mengagumkan & banyak makanan yang lazat.
Dikenali sebagai Bandar Kopi Dunia & penuh dengan taman hijau serta Gunung untuk menikmati alam semula jadi di Australia.
SEJARAH RINGKAS
Kota Melbourne terletak di Tanah Tradisi Kulin Nation. Melbourne sentiasa menjadi Lokasi penting untuk acara sosial, pendidikan, sukan & kebudayaan.
Melbourne diasaskan di Sungai Yarra pada 1835 & Melbourne menjadi bandar terkaya di dunia pada tahun 1880.
THE GOLD RUSH
Penemuan emas “The Gold Rush” di Victoria, Melbourne pada awal tahun 1850-an memberi Impak yang luar biasa terhadap Melbourne.
Berita tentang penemuan emas tersebar di seluruh Dunia telah berjaya menarik pelombong dari Luar Negara & peninggkatan penduduk di Victoria, Melbourne.
BENDERA KOTA MELBOURNE
Bendera Kota Melbourne memaparkan lambang Seekor Haiwan yang tergantung dengan cincin merah “Industri Penghasilan Bulu, seekor lembu hitam “Industri Penternakan”, sebuah kapal tinggi “Perdagangan serta Perkapalan”, ikan Paus “Industri Ikan Paus” & Royal Crown.
PENGASAS MELBOURNE
Melbourne pada asalnya bernama Batmania & dikatakan bahawa pengasas Melbourne adalah John Batman & John Pascoe Fawkner.
Mereka telah dikreditkan sebagai perintis pertama di Melbourne akan tetapi hingga kini tiada siapa yang pasti siapa yang menubuhkan Melbourne.
PELBAGAI KEBUDAYAAN
Penduduk Kota Melbourne terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari berlainan budaya. Terdapat 140 budaya di City of Melbourne yang diwakili dari penduduk tempatan & pendatang luar dari negara Eropah, Asia & Afrika. Melbourne menjadi sebuah bandar yang paling banyak budaya di dunia.
FESTIVAL DI MELBOURNE
Terdapat banyak Perayaan & Festival yang diraikan dengan meriahnya di Melbourne. Antaranya ialah :
1. MELBOURNE INTERNATIONAL COMEDY FESTIVAL
2. MELBOURNE FRINGE FESTIVAL
Haaaa sekarang korang semua dah tahukan serba sedikit tentang Melbourne yang Dibanjiri dengan Emas ini. Jangan lupa untuk share kat kawan2 ye.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!