Bagi mereka yang jarang atau tak biasa membeli pakej pelancongan, mesti korang pernah jumpa ayat ‘Ground Package’ atau ‘Fullboard package’ kan? Apa maksud sebenar disebalik ayat ni? Mesti korang PM atau tanya balik dekat seller tu maksud dia apa.
Maksud ayat yang selalu digunakan bila mencari pakej pelancongan
Dalam artikel ni, kita akan belajar ayat-ayat yang biasa digunakan dalam bidang pelancongan. Kebiasaan nya, tak ramai yang tahu dan ada juga yang tertipu dengan agensi pelancongan. Jom kita belajar serba sedikit asas dalam bidang pelancongan ni!
1. Pelancong – Orang yang pergi ke sesuatu tempat untuk tujuan melawat, melihat, belajar, menikmati keindahan alam, berehat dari kehidupan seharian atau tujuan lain seperti meeting atau urusan kerja sama ada dibayar atau secara sukarela.
2. Pelancongan – istilah yang merangkumi semua pergerakan orang ke destinasi yang jauh dari tempat kediaman mereka untuk apa-apa sebab selain mengikuti pekerjaan, yang dibayar dari dalam negeri yang dikunjungi, untuk tempoh 24 jam atau lebih.
Istilah pakej pelancongan yang biasa digunakan
Yang tadi tu Cuma pengenalan sikit untuk istilah pelancongan. Sekarang kita belajar maksud pakej yang dijual oleh agensi pelancongan pula.
1. Ground package – Pakej yang cover hampir keseluruhan aspek bila melancong seperti makan, transport, tour guide semasa melancong. Kebiasaan nya pengangkutan ke destinasi (flight) atau makan tidak termasuk dalam pakej.
2. All-inclusive– Semua termasuk dalam satu bentuk pakej percutian di mana majoriti perkhidmatan yang ditawarkan ke destinasi dimasukkan ke dalam harga yang dibayar sebelum berlepas (misalnya makanan, lawatan, kemudahan, dan flight).
3. Full board – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam termasuk dalam pakej tetapi apa-apa minuman atau snek di luar waktu makan ini akan dikenakan bayaran tambahan.
4. Day trip – perjalanan di mana seseorang pergi untuk melawat tempat dan kemudian pulang ke rumah pada hari yang sama.
Ada jugak pakej All-inclusive full board, yang ini bermaksud pakej tersebut termasuk sekali dengan tiket flight dan makan sehari 3 kali. Contoh nya pakej Maldives 4 hari 3 malam All-inclusive Full board, Japan 4 Cities All inclusive, Boracay 4 hari 3 malam Ground Package, dan Mersing Day Trip.
Perkara penting ni korang kene belajar tau. Nanti boleh target pakej mana yang korang nak berdasarkan budget yang korang ada. Ada orang suka beli ground package je sebab flight dia boleh beli murah masa promosi.
Ada orang malas nak fikir soal flight apa semua, dia beli je pakej yang semua dah settle. Bergantung kepada yang nak travel sebenarnya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!