6 November 2019 – Subang Jaya; Menyahut kempen Visit Malaysia Year 2020, Institut Keusahawan Negara (INSKEN), telah menjayakan Program INSKEN Domestic Tourism Boot Camp. Ianya adalah sebuah inisiatif pelancongan yang telah melibatkan seramai 80 peserta dari seluruh negara. Kebanyakan peserta adalah terdiri daripada operator pelancongan, pemandu pelancong, dan pemilik penginapan. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan satu pakej pelancongan yang mantap dan unik untuk pasaran tempatan.
Antara modul yang terdapat dalam program ini adalah mengenal pasti produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan, mewujudkan kombo pakej pelancongan, dan melancarkan produk tersebut di platform media. Malaysia ada mempunyai banyak pakej yang menarik akan tetapi tidak ramai yang benar benar tahu mengenainya.
Justeru itu, program ini telah diadakan untuk membantu bagi meningkatkan kesedaran terhadap aktiviti-aktiviti dan lokasi-lokasi yang menarik didalam Malaysia. Setelah pakej kombo ini di sediakan dan dipilih oleh pihak INSKEN, platform media akan memainkan peranan dalam mempromosikan pakej pelancongan tersebut dan seterusnya dijual kepada pasaran tempatan.
Program yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah membuka banyak peluang kepada operator-operator pelancong untuk bekerjasama dengan kesemua pemain industri. Mereka telah bersama-sama mengetengahkan unsur-unsur istimewa yang terdapat di tempat mereka dan di garap menjadi satu pakej yang mantap.
Di akhir program ini, berlangsung nya pembentangan pakej yang telah mereka cipta. Sesi ini telah dihakimi oleh beberapa juri dari pihak media seperti Siakap Keli, Vacamania dan Tourplus. Di dalam sesi pembentangan tersebut, pihak juri dan peserta telah berdebat dalam cubaan untuk menjual pakej kombo mereka.
Setelah selesai segala pembentangan, pihak INSKEN beralih kepada langkah seterusnya iaitu memasarkan pakej kombo unik ini ke pasaran tempatan sekaligus kepada pasaran luar negara. Diharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa hadapan untuk mencipta pakej pelancongan yang mantap dan menarik dimata rakyat tempatan dan juga pelancong luar negara.



No comment yet for this article. Be first to leave a comment!