Dah 5 hari duduk di pejabat, menghadap komputer dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, anda tak bosan ke? Apa lagi, jom cari tempat hiking menarik di Selangor. Nak lepaskan stress, kita buat aktiviti outdoor sedikit kan.
5 Tempat Hiking Menarik Di Selangor
Kalau kita nak sihat, tak perlu jauh-jauh sampai naik Gunung Everest. Cukuplah sekadar cari bukit atau gunung berdekatan anda. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan pada anda, 7 tempat hiking menarik di Selangor. Jom kita tengok.
Bukit Broga, Semenyih

Siapa lagi yang tak kenal bukit ini? Bukit Broga merupakan salah satu tempat terbaik untuk hiking jika anda berdekatan dengan Selangor. Bukit ini juga mempunyai ketinggian sehingga 400 meter sahaja. Jika anda ke sini, anda hanya memerlukan 40 minit saja untuk naik dan menikmati pemandangan di sini.
Anda ingin melihat suasana matahari terbit? Nasihat kepada anda, naik seawal jam 5 pagi. Awal sedikit tapi anda akan bersyukur kerana dapat melihat keindahan di atas. Sangat indah sekali pemandangan matahari terbit di sana.
Disebabkan Bukit Broga sangat terkenal, ramai pengunjung akan hadir ke sini pada hujung minggu dan cuti umum. Ini menjadikan bukit ini kelihatan sedikit sesak. Jangan lupa untuk rancang perjalanan anda.
Bukit Gasing, Petaling Jaya

Baru berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor seperti hiking? Jom pergi ke Bukit Gasing. Sangat sesuai untuk anda. Dengan keluasan sehingga 100 hektar, hutan simpan ini sering menjadi tumpuan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Tahap kesukaran mendaki di sini adalah mudah. Hanya memerlukan anda untuk mendaki selama 2 jam saja. Tempat ini juga mempunyai beberapa trek mengikut kepada tahap kesihatan anda.
Bukit Botak, Puncak Alam
Bagi mereka yang baru pertama kali ingin ke sini, pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana trek ini agak mencabar pada sesetengah kawasan tapi di kawasan yang lain, treknya santai saja.
Terletak di Puncak Alam, bukit ini hanya kira-kira 30 minit perjalanan dari Shah Alam. Jangan takut dengan sesat kerana sepanjang laluan ke puncak ada tanda arah sebagai navigasi anda.
Sepanjang perjalanan anda ke atas, anda tentunya akan terpesona dengan pemandangan ladang kelapa sawit di kiri dan kanan anda. Sejuk mata memandang dan tenang saja.
Canopy Walk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Nama yang tidak asing lagi bagi warga Malaysia, FRIM, Kepong menjanjikan anda perjalanan yang tidak mungkin anda lupakan.
Suasana yang tenang dengan bunyi air terjun dan sungai yang mengalir tentunya membuat anda terpukau dan lupa bahawa anda masih berada di Kuala Lumpur.
Kawasan ini menyediakan anda enam laluan trek hutan: Denai Keruing, Trek Rover, Denai Engkabang, Denai Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak, semuanya membawa pengunjung merentasi hutan sekunder yang menakjubkan.
Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Inginkan tempat untuk bermandi-manda selain menyihatkan badan? Anda patut berkunjung ke sini. Mempunyai sebanyak 3 tingkat air terjun untuk anda daki, anda boleh pilih tahap tinggi mengikut tahap anda sendiri.
Dibuka pada setiap jumaat, sabtu dan ahad dari jam 8 pagi sehingga 6 petang, hanya mengenakan caj sebanyak RM1 seorang. Anda tidak dibenarkan untuk bermalam di sini.
Berminat untuk bercuti dengan kami? Boleh hubungi kami di;
Hamzi – Trip Jalan Jalan
Plan nak bercuti? Boleh baca artikel kami yang lain;
Pulau Di Terengganu Yang Menarik Untuk Pergi Bercuti
Tempat Menarik Di Pulau Perhentian
Aktiviti Outdoor Yang Menarik dan Sesuai Bersama Keluarga
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!