Hai! Jika sebelum ini diceritakan tentang percutian di pantai dalam negara; Mersing Day Trip Package,
Jadi harini saya nak cerita secara ringkas tentang pengalaman saya dan keluarga ke pantai luar negara pula, iaitu Maldives!! menggunakan pakej Trip Jalan Jalan. Kami melancong ke sana sekitar akhir tahun 2016.
Hari Pertama di Maldives
Kami sangat teruja untuk ke negara yang sangat lawa dan indah pemandangan lautnya. Kami bertolak ke Maldives selepas waktu isya’ dan tiba di Male, Maldives lewat malam.
Kami sangat terkejut tentang Velana International Airport yang merupakan airport Maldives kerana keluar sahaja daripada bangunan tersebut, laut sudah di depan mata.
Rupanya, ia adalah satu pulau yang besar dan kami perlu menaiki speed boat untuk ke pulau-pulau yang lain. Secara ringkas, speed boat di sana merupakan teksi mereka.
Jadi, kami terus pergi ke Maafushi Island iaitu tempat penginapan kami di Maldives. Maafushi Island adalah salah satu pulau-pulau yang merupakan pulau untuk rumah penduduknya dan juga pulau untuk pelancongan. Hotelnya juga menarik dan unik.
Hari Kedua
Pada hari kedua ini, apabila matahari sudah terbit akhirnya kami dapat tengok pemandangan indah dan warna laut di sana yang sangat lawa. Subhanallah.
Gambar di sini kita dapat lihat ada tiga tona warna biru laut yang sangat lawa dan unik!
Aktiviti pada hari itu lah yang kami nanti-nantikan. Aktiviti tersebut ialah ‘island hoping’ iaitu tour ke pulau-pulau pelancongan di Maldives. Tourguide membawa kami ke beberapa pulau untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Aktiviti ini juga termasuk aktiviti ‘snorkeling’. Ini juga dapat meng-’explore’ hidupan laut di Maldives. Antara lokasi terbaik untuk aktiviti snorkeling di sana ialah Banana Reef, HP Reef (Girifushi Thila), dan Manta Point. Setiap orang perlu memakan jaket keselamatan bertujuan untuk keselamatan dan juga untuk aktiviti snorkeling.
Tour guide mengambil gambar beramai-ramai di atas bot di tengah lautan Maldives menggunakan GoPro dan monopod.
Ini gambar kumpulan trip kami membuat aktiviti snorkeling di salah satu point untuk snorkeling. Tidak dapat dinafikan air nya sangat jernih dan dapat ini membolehkan kami lihat dengan jelas hidupan akuatik yang hidup di dalamnya.
Seterusnya, kami pergi ke Sand Bank yang berdekatan dengan Maafushi Island, tempat penginapan kami dan ia merupakan antara sand bank paling lawa di Maldives. Di situ juga kami makan tengahari sambil berehat dan mengambil gambar banyak-banyak.
Gambar saya dan keluarga di Sank Bank berlatar-belakangkan laut dan bot. Kita dapat lihat ton warna biru yang berbeza yang membolehkan air laut di Maldives ini sangat lawa dan unik!
Kali ini, kami ambil gambar menggunakan monopod pula. Di sini, boleh nampak dengan jelas bahawa air laut nya sangat jernih dan ‘crystal clear’.
Gambar di atas menunjukkan seluruh warga trip kami sangat gembira di Sand Bank, Maldives.
Selepas itu, kami teruskan dengan aktiviti snorkeling di point yang berlainan pula. Kami sangat gembira dapat snorkeling di tengah lautan yang besar itu.
Tempat seterusnya ialah, tempat snorkeling di bahagian laut yang penuh penyu. Sepatutnya kami perlu bergerak dengan bot, sebaliknya tour guide kami mengajak untuk snorkeling dan swimming ke bahagian itu sambil mencari penyu atau shark jika jumpa.
Jadi, kami berenam berenang ke tempat tersebut dengan pimpinan tour guide dan juga bantuan jaket keselamatan, fin dan alat snorkeling.
Selepas satu jam kami mencari penyu atau shark, tapi masih tidak dijumpai. Jadi, kami membuat keputusan untuk naik ke bot sahaja. Kami berenam termasuk tour guide sangat penat berenang, tetapi juga sangat gembira kerana dapat mempunyai pengalaman dan kenangan yang sangat berharga ini.
Walaupun pencarian penyu dan shark tidak berjaya, tetapi tour guide berjaya mengambil gambar kami membuat bulatan di dalam laut Maldives ketika berenang tadi. Kami sangat gembira dan terharu atas kenangan ini.
Kemudian, kami semua pulang ke hotel di Maafushi Island untuk berehat sebagai tanda pengakhiran untuk aktiviti hari kedua.
Hari Ketiga
Hari ketiga pula, kami mengunjungi dan melawati ke pulau-pulau yang berdekatan. Di pulau pertama, kami makan tengahari besar kerana termasuk di dalam pakej.
Makanannya sedap dan memuaskan. Kami juga bermandi di pinggiran pantai.
Hari Keempat
Hari keempat ini, kami pergi ke dua destinasi. Yang pertama, kami mengunjungi Whale Submarine Mladives iaitu menaiki kapal selam untuk lihat secara jelas hidupan akuatik di dalam laut Maldives. Air nya yang sangat jernih dan lawa membuatkan kami sangat teruja.
Kemudian, destinasi kedua ialah ibu negara Maldives iaitu Male. Male ini pulau yang paling membangun dan merupakan bandar utama Maldives. Hanya di sini sahaja yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi untuk tujuan kerajaan dan pejabat.
Di sini juga lah kami membeli banyak souvenier untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Kemudian, kami terus pergi ke airport untuk pulang ke Malaysia. Hal ini kerana, Male hanya berhadapan sahaja dengan airport Maldives.
Akhirnya, kami sangat gembira dengan pengalaman dan kenangan yang kami lalui di Maldives. Bagi pendapat saya, trip ke Maldives lah yang paling best antara semua trip yang saya pernah pergi. Memang tidak dapat dinafikan, Maldives sangat indah.

seru banget ya kak, bisa ke maldives yang terkenal pantai dan lautnya indah, siapa sih yang ga suka pantai bagus banget.. semoga bisa kesana aamiin