Hello Guys, Calling For sesiapa yang mencari Port Shopping Di Manila Philippines Untuk Kaki Shopping. Manila adalah sebuah bandar di Philippnes yang penuh dengan keseronokan untuk bershopping & membeli souvenirs. Berikut adalah list pusat membeli-belah yang terbaik di Manila, Philippines. Anda disarankan untuk mensiap sediakan Purse & Dompet Anda. Lets Check It Out.
TOP 6 PORT SHOPPING DI MANILA, PHILIPPINES UNTUK KAKI SHOPPING.
1. SM MALL OF ASIA
SM Mall of Asia adalah pusat membeli-belah terbesar di Philippines. Terletak di Manila Bay Front, ia mempunyai pelbagai pilihan butik fesyen, restoran, bar, konsert, pusat sains, pusat konvensyen, panggung wayang & banyak lagi. Terdapat juga sebuah taman hiburan kecil di luar, sesuai untuk berkelah & bersantai serta menikmati angin laut. Anda boleh menghabiskan sepanjang hari di SM Mall of Asia bersama insan tersayang sambil membeli buah tangan yang ingin dibawa ke tanah air.
Lokasi : SM Mall of Asia, 123 Seaside Blvd, Pasay, 1300 Metro Manila, Philippines
2. GREENHILLS SHOPPING CENTER
Greenhills Mall dibuka pada tahun 1970-an & kini masih menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli produk daripada pelbagai jenama. Terdapat juga gerai di luar mall yang menjual produk murah seperti cenderahati, buah tangan, pakaian & perabot. Merupakan destinasi membeli-belah wajib dikunjungi sepanjang tahun,menyediakan hiburan di pawagam bertaraf dunia, muzium muzik &teater Indie. Anda juga boleh mendapatkan harga yang murah pada barangan yang hendak dibeli.
Lokasi : Ortigas Avenue, Greenhills, San Juan, Rizal, Philippines
3. DIVISORIA MARKET
Pasar Divisoria adalah sebuah pusat beli belah yang menawarkan harga yang rendah pada kualiti barangan yang tinggi. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah sekiranya anda membeli barangan tersebut secara pukal. Divisoria adalah sumber utama bagi barangan sekolah, beg, kasut & banyak lagi . Malah ramai penduduk tempatan juga gemar untuk mengunjungi Divisoria Market ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Divisoria Market.
Lokasi :557 M. De Santos St, San Nicolas, Manila, 1010 Metro Manila, Philippines
4. GLORIETTA
Glorietta telah dibina sejak tahun 1991 & menjadi pusat membeli-belah yang Hangat di Makati Philippines. Mall ini telah menerima Anugerah Pusat Beli Belah Pada Tahun 2002 & 2004. Glorietta Mall menawarkan pelbagai jenis kedai yang menjual barangan yang menarik, kedai serbaneka, restoran mewah, panggung wayang, arked & gym. Glorietta Mall juga destinasi yang menawarkan pelbagai hiburan seperti pameran, pertunjukan fesyen & festival. Glorietta Mall juga berdekatan dengan The Landmark Mall.
Lokasi : Ayala Center, 6811 Ayala Avenue, Makati, Metro Manila, 1226 Philippines
5. 168 SHOPPING MALL
Lokasinya terletak di sepanjang jalan raya St Elena & Soler Streets yang sibuk di Binondo, Chinatown. 168 Shopping Mall adalah destinasi yang wajib dilawati bagi sesiapa yang bercuti ke Manila, Philippines. Kompleks membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenis pakaian, barangan permainan, hadiah, & barangan perhiasan pada harga yang rendah. Sekiranya anda ingin membeli barangan tersebut secara pukal, anda disarankan untuk tawar menawar bagi mendapatkan harga yang lebih murah.
Lokasi : 918 Soler St, Binondo, Manila, 1002 Metro Manila, Philippines
6. LANDMARK MALL
Landmark Mall di Makati City Manila ini menjadi salah satu destinasi yang sesuai bagi membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air. Landmark Mall menawarkan pelbagai jenis buah tangan yang menarik seperti makanan khas dari Filipina, Karya hasil tangan & banyak lagi. Landmark Mall juga mempunyai supermarket yang menyediakan pelbagai jenis barangan kelengkapan harian & pada waktu malam Landmark Mall adalah sebuah destinasi yang mampu memukau para pengunjungnya dengan landskapnya yang cukup mempersona.
Lokasi : 6751 Makati Ave, Ayala Center, Makati, Metro Manila, Philippines
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!