Balkan dikenali sebagai Semenanjung Balkan yang terletak di Tenggara Eropah. Terdapat juga pelbagai Port Shopping Yang Merambangkan Mata Anda di Wilayah Balkan ini.
Semenanjung Balkan ini juga meliputi beberapa buah negara seperti Croatia, Bosnia, Herzegovina, Slovenia, Serbia, Montenegro, Kosovo, Macedonia, Romania, Bulgaria, Albania, Yunani & bahagian Eropah dari Turki. Haaa Tunggu apa lagi 😱 Lets Check It Out !!!
TOP 7 PORT SHOPPING YANG MERAMBANGKAN MATA ANDA DI WILAYAH BALKAN
1. PARADISE CENTRE, BULGARIA
Paradise Center adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Bulgaria. Ia juga adalah salah satu Lokasi yang sentiasa dikunjungi oleh semua penggemar Shopping.
Terdapat juga pelbagai Hiburan seisi keluarga yang ada disini, antaranya ialah Panggung Wayang, Bowling Center, Gym & juga Gelanggang Tennis. Jadi amatlah rugi jika anda tidak meluangkan masa di Paradise Center ini.
2. MEDITERRANEAN COSMOS, GREECE
Mediterranean Cosmos adalah salah satu pusat membeli-belah Terbesar di Balkan. Ia telah dibuka pada tahun 2005 & hingga kini Mediterranean Cosmos sentiasa padat dengan kunjungan daripada penduduk tempatan & pelancong.
Ia juga menawarkan pelbagai kedai Fesyen, Restoran, Panggung Wayang, Pasar Raya & Banyak lagi !. Kebanyakan pengunjung di sini pasti tidak akan pulang dengan Tangan Yang Kosong.
3. AFI COTROCENI MALL, ROMANIA
Afi Controceni adalah pusat membeli belah yang Terbesar & paling banyak dikunjungi di Romania. Ia terletak di Bucharest & purata kunjungannya adalah seramai 50,000 pengunjung setiap hari!
Ia mempunyai 350 buah aneka kedai Fesyen, Makanan & banyak lagi. Di samping itu, Afi Controceni juga adalah Detinasi Hiburan yang menjadi Tumpuan orang ramai iaitu Ice Skating & Taman Tema Hiburan.
4. DELTA CITY SHOPPING MALL DI SERBIA & MONTENEGRO
Delta City adalah antara pusat membeli belah yang Popular di Serbia & Montenegro. Ia juga adalah sebuah pusat membeli belah yang berkonsepkan Antarabangsa & diumumkan sebagai Pusat membeli belah yang Terbaik di Eropah.
Kepada anda yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga atau Rakan2, Delta City Shopping Mall adalah Destinasi yang Tepat kerana terdapat pelbagai Hiburan, Kedai Fesyen & banyak lagi yang ditawarkan.
5. ARENA CENTAR, CROATIA
Arena Centar adalah Destinasi yang sesuai untuk mereka yang suka berbelanja dengan sakan. Pusat membeli-belah ini mempunyai banyak kedai yang mengagumkan & ia juga kerap mengadakan Sale secara besar-besaran.
ARENA Centar juga adalah pusat membeli-belah Pertama di Croatia memiliki landskap yang direka khas untuk mempamerkan pelbagai kehijauan, laluan pejalan kaki, Patung seni & banyak lagi.
6. TEG, ALBANIA
Tirana East Gate (TEG) merupakan pusat membeli belah sepanjang 42,000 meter persegi yang menawarkan pelbagai Jenama yang Popular, Butik Fesyen, Pasar raya & kafe2 yang terkenal di dunia.
Sama juga seperti pusat membeli belah yang lain, (TEG) juga adalah salah satu Destinasi Hiburan Keluarga yang menarik seperti Panggung Wayang, Destinasi Rekreasi Keluarga & banyak lagi !
7. SKOPJE CITY MALL, MACEDONIA
Skopje City Mall adalah pusat membeli-belah Terbesar di Macedonia. Ia juga adalah salah satunya pusat membeli belah di Macedonia yang menawarkan pelbagai Jenis Produk Antrabangsa seperti ZARA, Pull Bear & Banyak lagi.
Kini Skopje City Mall semakin dikenali sejak ia ditubuhkan pada tahun 2007 & menjadi salah satu Lokasi Shopping yang digilai oleh penduduk tempatan & Pelancong Luar.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!