Ini antara tempat bersejarah di Medan yang anda boleh lawati. Medan adalah ibukota Provinsi Sumatera Utara, kaya dengan kepelbagaian budaya.
Berabad tahun dahulu ribuan peniaga dari China, India, Timur Tengah, Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Eropah telah datang ke bandar Medan untuk berniaga dan ramai yang menetap disana dengan membawa budaya masing-masing.
Bandar ini mempunyai banyak mercu tanda terkenal yang diukir dengan butiran teliti dan karya seni yang mengagumkan.
Di sini, anda akan dengan mudah mencari bangunan-bangunan lama berdiri di sebelah pembinaan moden yang rapi.
Senarai Tempat Bersejarah Di Medan Yang Anda Boleh Lawati
Istana Maimoon
Istani ini dibina oleh Sultan Ma’mun Al Rashid Alamsyah pada tahun 1887 sehingga 1891. Istana ini mempunyai 30 bilik seluas 2,772 meter persegi. Tetapi hanya ada satu bilik utama yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat iaitu ruang takhta.
Senibina istana ini digabungkan dengan budaya warisan Melayu, Islam dan Moghal. Walaupun luarannya budaya warisan Melayu tetapi benduk dalaman istana direka seperti suasana Sepanyol-Itali.
Anda boleh mengambil gambar dengan berpakaian tradisional Diraja Melayu dan boleh duduk diatas takhta Sultan dan Ratu. Koleksi barang kemas, barang antik, dan hadiah yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin luar juga dipamerkan di Istana Maimoon ini.
Alamat: Jl. Brigjen Katamso, Medan
Masjid Al Mashun Grand
Masjid Al Mashun Grand ini dibina pada tahun 1906 sehingga 1909 semasa pemerintahan Sultan Ma’mun Al Rasyid Perkasa Alam dari kesultanan Deli. Masjid besar ini terletak di tengah bandar Medan.
Ia dikelilingi taman yang luas dan seni bina utama masjid ini adalah gabungan dari Timur Tengah, Moghal dan Sepanyol. Masjid ini dibina berdasarkan perintah yang diberi oleh Sultan dan Masjid ini perlu lebih besar dari Istana Maimoon itu.
Struktur dengan perincian yang sangat teliti mengenai reka bentuk luar dan dalam masjid ini sangat dititik beratkan. Masjid ini sudah tentu boleh dilawati dan wajib untuk anda kunjungi.
Alamat: Medan 20218, Indonesia
Tjong A Fie Mansion
Mengunjungi Tjong A Fie Mansion ini akan membuatkan anda merasa segera diangkut kembali dalam sejarah. Setiap perabot dan aksesori di rumah ini disusun seolah-olah rumah itu masih dihuni oleh pemiliknya.
Terletak di pusat bandar Medan, bangunan ini mempunyai gabungan pengaruh Cina, Melayu, dan Art-Deco. Rumah agam ini dipelihara dengan baik di antara struktur moden di sekitarnya.
Tjong A Fie adalah seorang peniaga Cina yang cuba mencari nasib yang lebih baik di bandar yang kini dikenali sebagai Medan. Dia menjadi seorang usahawan kaya, pemimpin yang dihormati, dan dermawan.
Dengan ukiran, perhiasan, barangan antik, dan karya seni yang indah, rumah ini didedikasikan kepada isterinya yang tercinta. Tjong A Fie adalah antara tiga keperibadian yang membiayai pembinaan Masjid Besar Al Mashun.
Alamat: Jln. A. Yani 105, Medan 20111
Graha Maria Annai Velangkanni
The Maria Shrine di Graha Maria Annai Velangkanni didedikasikan untuk Ibu Maria. Ia dibina pada tahun 2001 sehingga 2005.
Anda mungkin ingat ini adalah salah untuk kuil Hindu atau masjid kerana hiasan dan kubahnya tetapi ini adalah kuil untuk orang kristian. Bapa James Barathaputra, SJ adalah pemula idea untuk membina Gereja Katolik ini.
Visi beliau adalah untuk menjadikan tempat perlindungan ini bagi orang-orang yang mencari keamanan, kesenangan, penyembuhan, dan ketuhanan.
Alamat: Jl. Sakura III no. 10 Tanjung Selamat, Medan, Indonesia
Kuil Sri Mariamman
Kuil Sri Mariamman ini dibina pada tahun 1884 oleh penderma Tamil muda yang bernama Gurdhuara Sahib dan Sami Rangga Naiher.
Kuil ini terletak di kawasan Kampung Madras (juga dikenali sebagai Little India Medan), ia adalah kuil Hindu tertua di Medan. Ia dibina untuk menyembah Dewi Mariamman dan dikhaskan untuk Dewa Hindu Ganesha dan Murugan.
Gaya seni bina diambil dari kuil-kuil Hindu yang terdapat di India Selatan dan Sri Lanka. Ia dihiasi dengan warna terang, patung, dan ukiran. Bilik doa kuil ditutup pada hari Sabtu, tetapi halamannya sentiasa terbuka pada hari yang lain.
Alamat: Jln. Teuku Umar no. 18, Medan 20112, Indonesia
Maha Vihara Maitreya
Maha Vihara Maitreya ini sebagai kuil Buddha terbesar di Medan, slogannya ialah “One World One Family”. Ia dibina pada tahun 1991 di sebidang tanah seluas 4,5 hektar, ia telah dirasmikan pada tahun 2008.
Anda boleh mencari patung-patung besar di sekitar premis itu, tetapi Anda dilarang untuk mengambil gambar bebrapa patung disana. Bahagian dalamannya sangat cantik ia untuk penganut yang ingin melakukan ibadat secara tenag dan mengikuti ajaran Buddha Maitreya.
Kuil ini juga mempunyai taman bermain untuk kanak-kanak bermain dan kedai cenderahati untuk palancong yang ingin membeli saguhati.
Alamat: Jl. Cemara Boulevard Utara no. 8, Kompleks Cemara Asri, Desa Sampali Percut Sei Tuan, Medan, 20371
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!