Salah satu perkara utama yang harus kita cuba apabila bercuti di Kemboja adalah dengan mencuba makanan halal dari bandar ini. Majoriti populasi Kemboja adalah terdiri daripada umat Buddha dan umat Islam. Umat Islam Kemboja (juga dikenali sebagai Chams di Kemboja).
Korang tidak perlu risau kerana terdapat beberapa restoran halal di sana yang menyediakan makanan tempatan dan dari negara luar. Jadi pada laman ini saya akan berkongsikan dengan anda antara Top 5 Restoran Halal Dan Sedap Di Kemboja.
Top 5 Restoran Halal Dan Sedap Di Kemboja
1. Muslim Family Restaurant

Selepas melawat Angkor Wat, anda boleh request kepada pembawa Tuk-tuk untuk membawa anda untuk makan daging lembu di Muslim Family Restaurant ni. Muslim Family Restaurant ini terletak di bandar Siem Reap, berhampiran Pasar Malam Siem Reap, jalan pub dan berhampiran MASJID AN-NEAKMAH.
Restoran ini akan menyajikan makanan harian untuk masyarakat Muslim, Muslim Kemboja, makanan Halal seperti Malaysia, Indonesia, Singaporean Muslim, Brunei, Saudi Arabia dengan hidangan seharian penuh, Sarapan pagi, Makan Tengahari, Makan Malam dan menu minuman ringan.
Hiasan restoran sangat cantik dengan hiasan air sungai, udara terbuka, televisyen, kipas dan akses WiFi Internet pantas. Restoran ini mengalu-alukan semua pelanggan untuk membuat pesanan dari Set Menu restoran ini dan mendapatkan teh Lemon percuma atau Lemon Syrup.
Alamat : Sangkat Svay Dangkum Siem Reap, 17252, Kemboja
Masa Operasi : 6.00am-9.00pm ( Setiap Hari )
No. Tel : +855 12 946 220
2. Tasnim Halal Restaurant
Selepas meneroka seni jalanan di Tasik Boeng Kak, anda boleh pergi ke restoran terdekat di kawasan itu, yang dikenali sebagai Restoran Halal Tasnim. Ia terletak berhampiran Masjid Al-Serkan baru. Menu restoran ini terdiri daripada hidangan Khmer, Thai dan Malaysia.
Alamat : Moat Chrouk (St. 86), Phnom Penh, Cambodia
Masa Operasi : 7.00am-10.00pm ( Setiap Hari )
No Tel : +855 77 405 188
3. The Gulai Restaurant
Restoran Gulai adalah perkongsian antara Malaysia dan Kemboja. Ia terletak di pusat Phnom Penh dan restoran ini juga menyediakan perkhidmatan staff yang boleh berbahasa melayu dan kawasan kedai makan ini boleh menampung kumpulan besar. Menu makanan di kedai makan ini juga berbagai yang terdiri daripada makanan melayu dan kemboja.
Alamat : Rumah 109-135, Jalan 144, 12205, Kemboja
Masa Operasi : 9.00 am-9.00pm, Ahad ( Tutup )
No Tel : +855 81 261 606
4. Cambodian Muslim Restaurant

Restoran Muslim Kemboja ini telah ditubuhkan sejak tahun 2007 oleh Haji Naseat Ismail. Restoran ini merupakan salah satu Restoran Islam terawal di Siem Reap Kemboja, . Restoran ini akan melayani anda dan keluarga anda untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Restoran Muslim ini boleh menguruskan sehingga 120 pax ditambah Bilik VIP untuk anda menempah sehingga 40 pax pada satu masa. Restoran ini juga menyediakan pelanggan dengan wifi, tv dan banyak lagi.
Alamat : Stung Treng Blvd, 17252, Cambodia
Masa Operasi : 6.00am-9.oopm ( Setiap Hari )
No Tel : +855 89 876 767
5. M.K Halal Restaurant (Khmer)

Pemiliknya berbahasa Khmer dan Melayu yang mudah untuk rakyat Malaysia memesan makanan. Menu di kedai ini agak banyak dan mempunyai banyak hidangan Khmer disediakan untuk anda. Antara makanan popular disisni ialah semangkuk penuh kari ayam dan sayur-sayuran yang sedap dan segar.
Alamat : 11 Jalan 108, Phnom Penh, Kemboja
Masa Operasi : 10.00am – 10.30pm ( Setiap Hari )
No. Tel : +855 12 204 033
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!