Mencari tempat menarik di Bandung dan juga tempat shoping murah di Bandung yang best?
Bandung merupakan sebuah kota metropolitan yang terletak di tengah-tengah daerah Jawa Barat dan merupakan bandar terbesar di Kepulauan Jawa, Indonesia. Tempat-tempat yang akan saya perlihatkan sebentar tadi juga merupakan antara tempat shopping murah di Bandung. Terutamanya para wanita pasti rambang mata membeli belah di Bandung ini. Oleh itu, pastikan duit anda cukup supaya boleh shopping sakan di Bandung nanti.
Top 5 Tempat Shopping Yang Menarik Dan Murah Di Bandung
1.Pasar Baru Trade Center

Pasar Baru Trade Center ini ialah merupakan salah satu pasar tertua di Bandung. Bnagunan ini didirikan pada tahun 1884. Pasar Baru ini kini dikenali sebagai tempat terbaik untuk membeli pakaian tempatan di Bandung. Anda akan menemui pelbagai jenis tekstil, pakaian, batik, beg, pakaian muslim dengan harga yang murah. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah tawar menawar dialukan di sini.
Masa Operasi : 9.00am – 5.00pm
Alamat : Jl. Otto Iskandar Dinata No.78, Kb. Jeruk, Andir, Kota Bandung
2. Kartika Sari

Kartika Sari adalah bakeri yang menjual pelbagai jenis manisan seperti brownies, kek dan pisang salai dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah. Malah, manisan yang dijual disini juga mampu bertahan dengan masa yang agak lama iaitu sekiranya anda ingin membawa pulang manisan dari Bandung ia tidak akan rosak atau basi, bagi memastikan ketahanan manisan lebih lama manisan ini juga boleh disimpan ke dalam peti sejuk. Kedai kek ini adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi dan memborong pelbagai jenis brownies dan kek yang ada di sana. insyaaAllah tidak akan rugi.
Masa Operasi : 6.30am – 6.30pm
Alamat : Jl. H. Akbar No.4, Pasir Kaliki, Kec. Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40171, Indonesia
3. Pasar Kaget Gasibu

Mencari seluar jeans dengan kualiti yang baik dengan harga yang berpatutan? Gang Tamim adalah destinasi anda. Jalan ini dikenali sebagai pusat denim Bandung sejak tahun 1990-an dan anda akan mendapati pelbagai jenis seluar jeans dengan harga yang berpatutan. Selain seluar jeans, anda juga boleh menemui pakaian batik dan kain di sini. Anda juga boleh memilih kain anda sendiri dan mempunyai seluar jeans yang dibuat khusus di sini, dan dah ianya dijangkau siap dalam tiga hingga tujuh hari.
Masa Operasi : Kebanyakkan kedai buka pada (9.00am – 5.00pm)
Alamat : Jl. Tamim, Bandung
4. Pasar Cibaduyut

Bagi peminat-peminat produk dari kulit asli, di sinilah tempat anda. Di sini, anda mampu mendapatkan barangan kulit dengan harga yang jauh lebih murah dari barangan yang kita boleh dapat di Malaysia. Kasut wanita, lelaki dan kanak- kanak adalah barangan popular dijual di sini. Anda jangan akan terkejut dengan kualiti pembuatannya adalah sangat bagus dan berseni.
Masa Operasi : 9.00am – 9.00pm
Alamat : Jl. Cibaduyut Raya No.7, Kb. Lega, Kec. Bojongloa Kidul, Kota Bandung, Jawa Barat 40235, Indonesia
5. Rumah Mode

Seterusnya mari kita membeli belah di Rumah Mode pula. Rumah mode pula adalah factory outlet untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga yang murah. Keistimewaan Rumah Mode adalah reka bentuknya yang memiliki pengaruh tradisional jawa. Keunikan seni binanya dan fesyen pakaian yang mengikut trend terbaru telah menarik ramai kaki shopping datang ke sini terutama pada hujung minggu.
Masa Operasi : Isnin – Jumaat (9.30am – 8.30pm) / Sabtu, Ahad (8.30am – 9.30pm)
Alamat : Jl. Dr. Setiabudi No.41, Pasteur, Kec. Sukajadi, Kota Bandung, Jawa Barat 40143, Indonesia
Mencari tempat membeli-belah bajet di Bandung ini adalah keputusan bijak. Anda juga akan membantu perniagaan kecil berkembang, jadi, pastikan untuk melawat tempat membeli-belah bajet ini yaaa :p
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!