Korang semua mesti jarang dengar negara bernama ‘BHUTAN’ ni Kan? Sebenarnya Bhutan adalah sebuah negara yang terletak di antara China dan India. Bhutan jug dikenali sebagai negara yang penuh dengan kebahagiaan. Agama Budha adalah agama yang paling kuat di Bhutan. Selain itu, Terdapat agama lain juga diamalkan, misalnya Hindu, Kristen & termasuk Islam. Pasti anda semua terfikir kan Ada ke Makanan Halal Di Bhutan ? Kalau nak tahu ? Lets Check It Out.
ISLAM DI BHUTAN
Purata jumlah penduduk muslim di Bhutan hanya mencapai 7000 orang bersamaan dengan 1% dari jumlah keseluruhan penduduk di Bhutan. Penduduk muslim di Bhutan hidup setaraf sebagaimana dengan peduduk lain di Bhutan. Diberikan kebebasan untuk mendapatkan hak-hak sebagai warganegara.
Akan tetapi penduduk muslim belum mendapatkan kebebasan agama & tidak diizinkan untuk mendakwahkan agama Islam. Organisasi & sekolah beragama Islam juga sukar untuk dibangunkan di Bhutan. Namun, penduduk muslim di Bhutan masih diberikan kebebasan beribadah. Terdapat satu2nya Masjib yang didirikan di Bhutan iaitu Masjid Jaigon berada di Kota Jaigon.
MAKANAN HALAL DI BHUTAN YANG DAPAT ANDA RASAI
Makanan Halal di Bhutan memang sukar untuk dijumpai. Kebanyakan penduduk muslim di Bhutan memakan makanan berunsurkan Vegetanarian, daging ayam & mereka juga gemar akan makanan pedas. Tradisi vegetarian masyarakat Bhutan memudahkan penduduk muslim mendapatkan makanan halal. Antara makanan Halal yang boleh anda rasai di Bhutan ialah:
GOEN HOGAY / SALAD TIMUN
Goen Hogay adalah salad timun khasi di Bhutan. Hidangan ini dianggap sebagai salah satu hidangan tradisional & tertua di Bhutan. Timun dicampurkan dengan serpihan cabai, bawang, tomato dan sejumlah keju Datsi. Anda patut rasai hidangan ini sekiranya anda berkunjung di Bhutan.
JASHA MARU (SPICY CHICKEN)
Ayam kering yang halus dicampurkan dengan cili, bawang, tomato, bawang putih, daun ketumbar & halia. Dimasakkan versi daging ayam Bhutan yang dipanggil Jasha Maru. Jasha Maru biasanya dimasak dengan kuah & dihidangkan dengan beras merah. Anda juga dapat menikmati hidangan ini versi ‘kering’ Jasha Maru.
EMA DATSHI
Ema Dartshi adalah hidangan Bhutan yang paling terkenal. Datshi adalah nama keju khas Bhutan yang dimasak dengan cili merah & hijau serta dimasakkan dengan mentega. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan ini keranan ini merupakan hidangan wajib untuk dirasai.
RED RICE
Kesemua hidangan di atas adalah wajib dilengkapkan dengan Nasi Merah/Perang. Anda juga boleh menikmati hidangan di atas dengan beras putih biasa tetapi jika anda mahukan rasa asli masakan Bhutan, anda harus mencuba dengan beras merah kerana tanpa nasi merah tidak lengkaplah hidangan anda.
Kepada anda yang risau akan faktor Halal hidangan di Bhuta. Anda disarankan untuk memakan hidangan yang berunsurkan sayuran. Jangan risau walaupon hidangan itu berunsurkan sayuran tetapi rasanya cukup menyelerakan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!