Koh Samui, Thailand adalah Lokasi yang Terbaik untuk Anda semua pergi Bercuti di Tepi Laut. Akan tetapi ramai yang ragu2 untuk Bercuti ke Koh Samui kerana sukar untuk Mencari Makanan Halal. Anda semua jangan risau sebab banyak je sebenarnya Restoran Makanan Halal Di Koh Samui, Thailand Yang Enak & Lazat. Lets Check It Out.
TOP 5 MAKANAN HALAL DI KOH SAMUI, THAILAND YANG ENAK & LAZAT
1. MELAYU SAMUI SEAFOOD RESTAURANT

Restoran Melayu Samui Seafood adalah Destinasi Makanan Halal yang berdekatan dengan Penempatan Muslim di Pantai Chaweng, Koh Samui. Restoran ini menawarkan harga yang berpatutan dengan hidangan yang disediakan. Restoran ini juga menyediakan hidangan Seafood yang cukup memuaskan hati anda kerana hidangan lautnya yang Fresh & Sedap.
Lokasi : Maret, Ko Samui District, Surat Thani 84310, Thailand
2. FAREST RESTAURANT

Fareast Restaurant menawarkan hidangan makan tengahari yang menyelerakan dengan hidangannya yang pelbagai. Antara lauk tengah hari yang ditawarkan ialah Massaman Chicken Curry, Pineapple Rice & ia juga menyediakan ulam-ulaman.
Lokasi : M.2 Chaweng beach, Bo Put, Ko Samui District, Surat Thani 84320, Thailand
3. IHSAN MUSLIM RESTAURANT

Ihsan Muslim Restaurant menawarkan Hidangan Masakan Thai yang sangat menyelerakan & kakitangannya yang amat ramah. Harga bagi hidangannya juga amat berpatutan & hidangan yang disajikan juga asli rasa Thailand. Pemilik kedainya juga fasih berbahasa Melayu. Jadi amat mudah untuk Pelancong daripada Malaysia berinteraksi dengan pemilik kedai tersebut untuk memesan makanan.
Lokasi : Bo Put, Ko Samui District, Surat Thani 84320, Thailand
4. FARIA HALAL FOOD RESTAURANT

Faria Halal Food Restaurant adalah restoran Halal yang wajib disinggah bagi setiap pelancong muslim yang bercuti ke Koh Samui. Restoran ini menghidangkan Nasi Campur yang mempunyai pelbagai pilihan hidangan yang menarik pada Makan Tengah Hari. Selain itu, Restoran ini juga menawarkan Makanan Goreng Panas pada waktu malam yang pasti akan memuaskan hati anda.
Lokasi : 54/10 4169, Tambon Bo Put, Amphoe Ko Samui, Chang Wat Surat Thani 84320, Thailand
5. REEF HALAB ARABIC RESTAURANT

Reef Halab Restaurant menyediakan hidangan masakan Arab yang cukup menyelerakan & memuaskan hati para pengunjungnya. Rata2 komen pengunjung Restoran ini mengatakan bahawa mereka amat berpuas hati dengan hidangan yang ditawarkan serta layanan yang diberikan oleh pekerjanya yang cukup ramah. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan.
Lokasi : Bo Put, Ko Samui District, Surat Thani 84320, Thailand
Jangan Lepaskan Peluang Anda Untuk Singgah Beramai2 ke Restoran Halal Di Koh Samui Ni. Pasti tidak Akan Menghampakan Anda !!!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!