Masakan Laos adalah masakan kumpulan etnik dari Laos dan Thailand Timur Laut. Makanan asasi Laos adalah pulut dimakan dengan lengkuas, serai dan padaek (kuah ikan Laos) adalah ramuan penting dalam masakan makanan Laos.
Disamping itu, anda tak usah risau untuk mencari makanan tempatan yang halal di Laos ini kerana terdapat beberapa restoran halal yang menyajikan makanan Laos yang halal dan boleh dimakan.
Hari saya akan berkongsi dengan anda antara makanan tempatan Laos yang halal. Tetapi anda perlu memastikan terlebih dahulu makanan tersebut tidak disediakan bersama daging khinzir yaa…
1.Khao Jee
Khao Jee adalah sandwich ala Laos yang terdiri dari roti Perancis, irisan tomato, keju dan irisan ham, namun ada sesetengah gerai yang menyediakan hidangan daging babi tau. Wortel, selada dan disiram dengan saus bawang putih dan cili bagi menambah rasa kepedasan sedikit. Rotinya dibuat dari tepung beras, dan bebas gluten, cukup sehat kan!
Tidak susah untuk membeli Khao Jee ini kerana hampir semua pedagang kaki lima di jalan-jalan menjual sandwich unik ini. Begitu pula restoran yang menyediakan makanan khas Laos. Biasanya, Khao Jee akan dipotong menjadi dua sebelum disajikan dan sesuai dinikmati bersama dengan kopi pahit.
2. Khao Niaw
3. Khao Piak Sen
Khao Piak Sen ini lebih kurang dengan Pho di Vietnam. Kandungan hidangan Khao Piak Sen ini terdiri dari mie beras, aneka seafood, isi sapi/ayam, rempah (bawang putih, lada dan sereh), air jeruk nipis, sayuran segar (daun ketumbar, kacang panjang, taugeh, daun kemangi) dan cili.
Anda juga boleh membuat pesanan sekiranya ingin menambahkan jantung atau hati ayam dalam Khao Piak Sen ini.
4. Larb
Larb adalah sejenis salad daging cincang. Daging yang digunakan bisa ayam, sapi, dan domba. Daging cincang akan dicampurkan dengan kicap ikan, air jeruk nipis, jus ikan, bumbu khas Laos, beras tumbuk dan rempah-rempah bawang merah, bawang bombay, lada, kemudian ditumis dan ditambahkan irisan cili.
Larb biasa disajikan bersama dengan ketan dan sayuran segar.
5. Mok Pa
Biasanya dikaitkan dengan Luang Prabang, ikan kukus dalam daun pisang adalah hidangan yang menggabungkan ikan yang dipotong dengan bubuk beras lada, saus ikan, serta rempah-rempah dan herba yang berbeza seperti daun limau kaffir, lada cili, dan lemongrass.
Rempah-rempah biasanya di dalam mortir dan kemudian digabungkan dengan ikan dan bahan-bahan lain dalam campuran yang kemas di dalam daun pisang.
Hidangan ini boleh ditempatkan di seluruh daun pisang atau bungkusan bersaiz kecil, dan biasanya datang disajikan dengan beras dan sos mencelup di sebelah. Walaupun pelbagai jenis ikan boleh digunakan, ikan keli adalah pilihan yang paling lazim di Laos.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!