Kalau korang nak tahu juga sebenarnya ada Pelbagai Aneka Makanan Tradisioanal yang Lazat2 berasal daripada wilayah Balkan 🤩 Jom ketahui lebih lanjut Top 9 Makanan Tradisi Balkan Yang Fuh Sedap Gile !!!
Balkan adalah sebuah nama yang telah meliputi beberapa buah negara seperti Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo & beberapa lagi Buah Negara yang penuh Bersejarah 😱
TOP 9 MAKANAN TRADISI BALKAN YANG FUH SEDAP GILE !!!
1. BUREK

Burek adalah Pastri yang dipanggang dengan daging, bayam,keju, kentang & cevapi. Rasanya hampir sama seperti kebab Pangang tetapi ianya amat Rangup di Luar.
Burek kebiasaannya dicicah bersama Yougurt Khasnnya & mudah untuk didapati dimana2 gerai atau restoran di Balkan. Amat Perfect sekiranya Burek ini digandingkan bersama muniman Ayran iaitu Susu Masam Manis.
2. ĆEVAPI

Ćevapi merupakan daging lembu yang dikisar & dibentukkan menjadi sosej. Ia juga dipanggang sebelum disumbat ke dalam roti pita “Somun” bersama bawang besar yang dicincan. kebiasaannya dicicah dengan sos cream yang masam.
Ćevapi kebisaannya dihidangkan untuk Lunch, Dinner atau sebagai juadah ringan. Dengan dagingnya yang Juicy pasti akan menambat hati sesiapa sahaja yang memakannya.
3. FERGESE

Terdapat 2 versi Fergesë iaitu dengan lada & satu lagi dengan kambing. Secara tradisional, resipi ini menggunakan lada bel, bawang, tomato, keju masin, selasih, mentega, tepung & minyak zaitun.
Kesemua bahan itu dicampur kedalam periuk tanah liat kecil & dibakar di dalam ketuhar. Fergese kebiasaannya dihidangkan bersama Roti, ia adalah satu hidangan yang semestinya Sedap & Lazat di Balkan.
4. SHOPSKA SALAD

Salad Shopka adalah hidangan Tradisioanal Balkan yang semestinya akan dijumpai dimana2 Menu restoran di Balkan. Salad shopka diperbuat daripada tomato, timun, keju brine, bawang, lada belacan, pasli & buah zaitun. Ia adalah Hidangan yang amat Perfect untuk Vegetaranian.
5. BANITSA

Banitsa (баница) diperbuat menggunakan campuran telur, yogurt asli, kepingan keju feta & pastri filo. Kemudian ia dibakar ke dalam oven & amat sesuai untuk dijadikan Hidangan Sarapan Pagi.
Banitsa juga mempunyai pelbagai jenis yang menarik seperti Banitsa bayam, Banitsa Labu , Banitsa susu, Banitsa Madu & banyak lagi. Ia adalah Hidangan di Balkan yang wajib anda cuba.
6. MUSSELS SAGANAKI

Mussels Saganaki adalah salah satu hidangan makanan laut Yunani yang paling sedap & lazat. Ia terdiri daripada kerang segar yang digaulkan bersama tomato, lada, herba, keju feta yang menghasilkan kuah yang sedap.
Adakalanya hidangan ini juga diletakkan wain merah kedalamnya. Ia adalah hidangan yang Paling Popular di Greece. Anda juga boleh merasai Keju Saganaki iaitu “keju goreng” yang sedap & semestinya akan menambat hati anda.
7. KAJMAK

Kajmak adalah produk tenusu krim yang diperbuat daripada susu bufalo, lembu atau kambing di Asia Tengah di beberapa negara Balkan.
Kajmak juga dikenali sebagai Kaymak ini mempunyai tekstur yang ringan, lembut & hampir sama dengan keju krim. Tetapi rasanya amat berbeza dengan keju krim. Rasan keju yang lebih kuat & pada masa yang sama, ia manis.
8. PALACINKE

Ini adalah satu lagi perkataan untuk Krepe iaitu Palacinke. Ia juga adalah Dessert yang paling popular di Wilayah2 Balkan ini. Palacinke dihidangkan bersama Coklat Nutella, Buah-buahan & kekacang sebagai Topping diatasnya. Sekali gigitan pasti anda mahu lagi.
9. BAKLAVA

Baklava adalah manisan yang semestinya akan didapati di wilayah2 Balkan & Caucasus. Baklava merupakan hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada kepingan pastri filo.
Pai ini mempunyai aroma kacang yang dimasak dengan Lazatnya & pada dahulu kala ia dihidangkan kepada para2 Sultan & Raja-raja. Pai manis ini mempunyai 70 kerak nipis & boleh disediakan dalam pelbagai cara.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!