Tarikh ulang tahun perkahwinan (anniversary) semakin dekat, tapi anda masih lagi tercari-cari tempat makan romantik di Kuala lumpur yang sesuai untuk raikannya bersama insan tersayang? Nak sambut sudah semestinya anda inginkan memori bersama tersayang yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Kalau anda mencari lokasi tempat makan romantik di Kuala Lumpur, disini kami senaraikan 10 tempat terbaik di Kuala Lumpur untuk anda cuba. Sudah pasti pasangan anda akan tersenyum lebar jika anda sambut ulang tahun disini.
Tempat Makan Romantik Di Kuala Lumpur
Sambil-sambil dapat makanan sedap dan mewah, suasana romantik di restoran juga boleh berikan anda dan pasangan suatu kelainan daripada rutin harian yang biasa.
Kalau anda ada bajet lebih, boleh la buat ‘surprise‘ kepada pasangan. Masukkan cincin dalam kek ke. Beri hadiah bunga atau coklat. Selalu tengok scene romantik di restoran mewah di dalam drama/filem sahaja, apa kata, anda dan pasangan pula alaminya sendiri sempena ulang tahun perkahwinan tahun ini.
1. Gobo Upstairs Lounge & Grill
Gobo Upstairs Lounge & Grill terkenal kerana dari cermin tingkapnya anda akan nampak bangunan KLCC dan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur. Hiasan dalamannya yang bergaya kontemporari pula sering tampak seksi dan dianggap sebegitu bagi ramai pengunjungnya.
Disini juga merupakan antara lokasi steak terbaik di Kuala Lumpur. Layanan serta servis disini sangat tip-top! Layanan mesra dari pelayan restoran pasti membuatkan anda berasa istimewa.
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 21, Jalan Ampang, City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
2. THIRTY8 @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Terletak di tingkat 38 dan 39 dalam bangunan hotel Grand Hyatt, rasai sendiri keghairahan untuk merasa setiap satu hidangan yang disediakan di sini.
Cantik dan sungguh mempersona, tempat makan di restoran ini dikelilingi dengan tingkap gergasi yang menampakkan segenap Kuala Lumpur yang disertai ratusan bangunan pencakar langit lain pada waktu malam, saksikan juga cahaya-cahaya neon yang menerangi seisi kota. Sangat menakjubkan untuk merakam detik gembira anda dan pasangan.
Menu western dan masakan Cina yang disediakan disini sedap belaka! Makanlah sambil diiringi rentak muzik jazz untuk naikkan aura romantis anda bersama pasangan.
Alamat: Tingkat 38, Grand Hyatt, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur.
3. The 39 Restaurant
Nak masakan Melayu Klasik? Tiada masalah, anda boleh datang ke The 39 Restaurant yang menyediakan menu masakan Melayu Klasik yang memang sedap-sedap belaka.
Masakan disini juga disediakan secara segar oleh tukang masak professional yang pasti menepati selera anda dan pasangan. Paling best, pemandangan makan di ruang terbuka dari tingkat ke 39 PNB Darby Park memang romantik.
Dari ruang terbuka itu, anda akan melihat KLCC dan Menara Kuala Lumpur serta pemandangan indah Kuala Lumpur di malam hari sambil ditemani bintang-bintang dan cahaya bulan. pasti Romantik!
Alamat: Tingkat 39, PNB Darby Park Executive Suites, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur.
4. Nobu KL
Jika kebanyakan restoran mewah dan romantik menggunakan Menara Berkembar Petronas sebagai pemandangan restoran, Nobu pula terletak di tingkat 56 dari Menara Petronas 3 yang membenarkan anda menyaksikan keindahan banggunan pengcakar langit di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi ketika waktu malam.
Ini menjadikannya sebuah restoran dengan pemandangan hebat. Hiasan dalaman Nobu dipenuhi kayu dalam gaya kontemporari. Nobu menyediakan menu hidangan gabungan dari negara Jepun, Peruvian dan Amerika Selatan. Semua makanan dihidangkan dengan penuh anggun. Nobu turut memiliki cawangan di Melbourne selain tempat asalnya di Jepun.
Alamat: Level 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.
5. Samira by Asian Terrace, Sentul Park (KLPAC)
Nak cari sesuatu yang kelainan yang mempunyai ciri-ciri klasik dan tradisional? Apa kata anda pergi ke Samira by Asian Terrace. Ia dibina dengan kayu keras dan lampu tradisional, Samira by Asian Terrace adalah tempat yang romantik dengan lampunya yang malap.
Restoran ini menawarkan pelbagai menu makanan Thailand, dan sesetengan menu adalah unik dan hanya ada di sini. Sebagai contoh, Tom Yum Thai tradisional yang pekat. Anda juga boleh mencuba pulut mangga dan mocktail ala-Thai khas dari Samira by Asian Terrace!
Masa operasi Samira by Asian Terrace adalah setiap hari, kecuali hari Rabu.
Alamat: 268 off, Jalan Strachan, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur.
6. Subak Restaurant
Subak dikelilingi pepohon hijau hutan dara Bukit Lanjan dengan hiasan gaya Bali. Jauh dari kesibukan, Subak dihiasi dengan bunyi alam seperti cengkerik dan air yang mengalir, bersama-sama suram cahaya lilin. Ini betul-betul mendamaikan, sesuai untuk pasangan yang bercinta.
Menu mereka terdiri daripada masakan Asia. Menu Barat terdiri daripada aneka steak, pasta, burger dan pai, manakala menu Asia terdiri daripada aneka mee, nasi dan sup. Subak turut mengesyorkan beberapa hidangan seperti Subak Rendang Bebek, T-Bone Steak, Norwegian Grilled Salmon, NZ Lamb Shank, dan Grilled Seabass.
Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur
7. Tamarind Hill Kuala Lumpur By Samadhi
Tamarind Springs hanya memerlukan 15 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Tamarind dihias umpama kediaman tradisional dengan lukisan-lukisan tradisional dan ukiran patung di laman hijau yang amat mendamaikan.
Jiwa anda terus didamaikan dengan bunyian burung dan air terjun serta desiran dedaun yang ditiup angin. Suasana disini juga sangat romantik sesuai untuk raikan ulang tahun anda bersama pasangan.
Alamat: Jalan 1 Taman T.A.R. 68000 Ampang, Kuala Lumpur.
8. Bora Ombak Café & Restaurant
Bora Ombak umpama majlis perkahwinan dalam taman pada waktu malam. Ia bersinar dengan lampu yang bergantungan dari langsir-langsirnya.
Kedatangan anda disambut dengan paluan gong seperti tibanya insan istimewa atau mungkin juga raja sehari. Anda kemudian dihidangkan dengan masakan barat di atas meja makan yang berhias bunga-bungaan segar.
Anda menjamu selera dalam cahaya lilin serta muzik yang menjadi latar belakang suasana romantik itu. Ia pengalaman indah buat pasangan yang berkasih.
Alamat: G1, Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 43000 Kuala Lumpur.
9. Ciao Ristorante
Nak suasana romantik yang tenang serta ada pemandangan taman dan tasik? Anda boleh cuba datang ke Ciao Ristorante yang menyerupai kediaman desa Venice dengan pemandangan taman dan tasik.
Lokasi yang penuh kehijauan ini menjadikannya amat sesuai untuk pelbagai majlis yang istimewa. Restoran masakan Itali asli yang tertua di Kuala Lumpur ini mempunyai ruang-ruang berbeza dengan pemandangan yang berbeza.
Alamat: 20A, Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf Diraja Selangor, 55100 Kuala Lumpur.
10. Villa Danieli
Mahukan suasana romantik di kediaman kotej Itali di desa? Begitulah keadaan Villa Danieli yang membuatkan para pengunjungnya berasa lebih selesa. Villa Danieli merupakan restoran masakan Itali yang pernah memenangi banyak anugerah berprestij termasuk Best Dining Experience.
Sejurus tiba di sini, anda pasti akan suka dengan bau roti dan pizza yang dibakar. Hidangannya dimasak oleh chef berpengalaman dari Itali. Jadi anda dapat merasa air tangan dari orang Itali sejati. Lebih menyeronokkan adalah anda dapat melihat chef anda beraksi menyediakan hidangan anda kerana mereka mempunyai ruang dapur yang terbuka.
Alamat: Sheraton Imperial Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.
Mencari lokasi untuk majlis ulang tahun yang terbaik adalah satu kemestian untuk anda rakamkan memori indah bersama pasangan kerana ia pasti akan dikenang sampai bila-bila oleh anda dan pasangan. Tidak salah jika kita luangkan masa dan bajet sedikit untuk rakamkan memori indah ini bersama pasangan.
Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan romantik di Kuala Lumpur yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!