Setiap hujung minggu anda pasti terfikir-fikir nak lepak mana atau nak bercuti dimana? Usah risau, usah khuatir, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pun ada tempat yang best untuk bersantai!
Semenjak wabak COVID19 melanda dunia, ramai yang terasa terhimpit dengan kawalan pergerakan yang membataskan segalanya. Namun kita masih diberi kelonggaran untuk keluar dari rumah dan bercuti di dalam negara kita.
Penginapan Yang Cantik Dan Berbaloi Di Selangor
Tak dinafikan industri pelancongan banyak terkesan dengan pandemik ini, walau bagaimanapun, masih ada lagi pengusaha yang bertahan dengan permintaan yang sangat tinggi dari pasaran domestik.
Jom teroka hotel dan resort yang seronok untuk kita bersantai di hujung minggu dengan keluarga dan sahabat handai.
DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA
Dash Box Hotel yang terletak di Cyberjaya ini menawarkan penginapan yang cukup unik dan menarik buat para pengunjung.
Rata-rata ia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik dan tidak jauh dari bandar, namun tetap aman dan tenang.
Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin.
Kedua-duanya tetap selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden. dan sangat minat untuk kanak-kanak kerana tersedia kolam renang di sini. harga bermula dari RM160 .
Rumah Kebun, Hulu Langat
Dikelilingi bukit bukau dan pemandangan menghijau, Rumah Kebun adalah tempat beristirehat yang ideal bersama-sama keluarga dan teman-teman rapat.
Terjunlah ke dalam kolam renang yang menggunakan air yang disalirkan dari sungai, atau anda boleh terus nikmati kesejukan Sungai Semungkis.
Resort ini yang memiliki 3 bilik tidur dan 3 bilik air, boleh memuatkan sehingga 16 orang. Terdapat rumah pokok (treehouse) dan beberapa ekor kambing akan menemani anda di sini.
Harga bermula daripada RM1,600 dan rumah kebun sangat sesuai untuk buat family day.
THE KABIN, KUALA SELANGOR
The Kabin adalah satu lagi resort berkonsepkan kontena yang terletak di Kuala Selangor. Dengan rekabentuk yang moden dan minimalis, dekorasinya yang simple tetap menawan hati.
Anak-anak kecil pasti seronok sebab ada kolam renang yang besar dan selesa di sini. Dikelilingi suasana yang menenangkan, memang tak rugi bawa satu keluarga menginap bersama.
Harga bermula sekitar RM160 saja, bergantung kepada jenis bilik dan peak season. dan lokasi tidak jauh dari Kuala Lumpur.
Harga bermula dari RM 160 Semalam.
Gerimis Senja Villa Hulu Langat
Terletak di kawasan berbukit bukau Ulu Langat, Gerimis Senja Villa bukanlah taman yang biasa. Villa penuh kemewahan ini menampilkan pemandangan dan muzik alam semulajadi.
Kawasan villa seluas 3 ekar didatangkan dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air, dikelilingi oleh pohon buah-buahan tempatan.
Dalam senarai ini, Gerimis Senja Villa adalah satu-satunya tempat percutian yang menawarkan infinity pool.
Anda boleh menghabiskan masa dengan bermain catur atau congkak, memancing, mandi-manda di infinity pool, mendaki bukit, sewa basikal dan mengadakan parti BBQ bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Gerimis Senja Villa dapat memuatkan 10 orang tetamu, harga bermula daripada RM1,200 semalam.
Carpe Diem Orchard Home Serendah
Carpe Diem Orchard Home menawarkan penginapan di Serendah, Hulu Selangor. Sesetengah bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, sementara yang lain mempunyai bilik mandi berasingan.
Tetamu juga mempunyai akses ke kawasan umum seperti ruang makan dan dapur, di mana kemudahan seperti microwave, pembakar roti, cerek dan peti sejuk boleh didapati. Resort ini juga menyediakan pinggan mangkuk dan cawan
Resort yang dilengkapi dengan kolam renang ini merupakan tempat percutian terbaik di Rawang! Sangat berbaloi dengan wang anda jika bercuti di sini.
Masih tercari-cari tempat untuk bercuti? Kami ada pakej yang menarik untuk anda. Hubungi kami 0177331482 untuk pakej melancong didalam Malaysia sekarang!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!