Korang semua mesti musykil kan tentang Negara bernama Bhutan ni sebab jarang2 diketahui oleh orang ramai. Dengar sahaja namanya pasti ramai akan tertanya-tanya & ingin tahu bahawa benarkah wujud negara bernama Bhutan ini?
Haaa kalau nak tahu Jom Terokai Bhutan Yang Penuh Misteri bersama saya di bawah :
JOM TEROKAI BHUTAN YANG UNIK & BAHAGIA
Bhutan merupakan sebuah negara yang paling indah & penuh dengan misterinya yang unik. Bhutan adalah negara yang terletak di wilayah timur & salah satu negara tanpa pantai di Himalaya.
Bhutan terletak diantara dua negara besar di Asia, iaitu China dan India. Bhutan kini memiliki 4 zon dan 20 Kawasan, setiap kawasan memiliki keunikan tersendiri.
Bhutan mengalami 5 jenis musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh, & musim sejuk. Salji hampir sepanjang tahun di bahagian utara. Manakala, Wilayah selatan Bhutan memiliki atmosfera subtropika sepanjang tahun.
Bhutan juga terkenal sebagai negara pertama di dunia yang mengukur kemajuan berdasarkan kebahagiaan Gross National Happiness (GNH).
RAJA BHUTAN
Bhutan merupakan Negeri Raja-raja Naga (Druk Gyalpo), Raja-raja dengan kemurahan hati, kesederhanaan, dan kecintaan mereka pada tradisi. Kini Bhutan dipimpin oleh Raja yang ke 5 iaitu Jigme Khesar Namgyel Wangchuck.
Pemerintahannya bermula pada 2006 & diangkat menjadi raja pada tanggal 1 November 2008. Druk Gyalpo kelima ini telah mendapatkan rasa hormat & sayang dari rakyatnya serta membuktikan bahawa ia akan terus meluaskan demokrasi yang ayahnya telah perjuangkan.
BAGAIMANA NAMA “BHUTAN” TERCIPTA
Bhutan juga disebut dengan nama “Druk Yul” bermaksud Tanah Naga Halilintar oleh penduduknya. Asal-usul nama Bhutan mungkin berasal dari bahasa Sanskrit, Bhotanta, bermaksud “Hujung dari Tibet”, atau dari kata Bhu-attan, yang artinya “dataran tinggi”. Nama Bhutan juga dikenali sebagai “Last Shangri-La”.
Sebelum wujudnya nama negara Bhutan, negara ini dikenali dengan hampir 4 buah nama iaitu Lho Jong “Lembah Selatan”, Lho Mon Kha Shi “Negara Mongolia Selatan dari Empat Penjuru”, Lho Jong Men Jong “Lembah Selatan Pengobatan Herbal” & Lho Mon Tsenden Jong “Lembah Mongolia Selatan tempat tumbuh Sandlewood”.
BENDERA BHUTAN
Bendera Bhutan mengandungi simbol, setiap butir-butir yang mempunyai nilai tersendiri. Kuning bagi penetapan raja, dan oren bagi menunjukkan negara ini dimiliki oleh agama Buddha. Dragon memegang di kaki batu permata bermaksud simbol kekayaan serta simbol utama negara ini. Simbol naga bermaksud gertakan.
AGAMA & BAHASA
Buddha Vajrayana merupakan agama rasmi negara dan penduduk kebanyakannya beragama Buddha, dengan Hinduisme kedua terbesar. Ajarannya menerangkan seseorang itu untuk menjelma menjadi sesuatu yang baik dengan fikiran atau tubuh.
Ajaran ini juga mengajar untuk memahami konsep kekosongan, kebijaksanaan, kasih sayang, dan cara-cara untuk sentiasa bersiap sedia. Manakala bahasa Dzongka adalah bahasa rasmi penduduk Bhutan.
IBU KOTA
Ibu kota Bhutan adalah Thimpu. Inilah satu-satunya ibu kota di dunia yang tidak mempunyai lampu lalu lintas. Kemudian kota ini bertindak menggunakan polisi yang bersarung tangan putih.
Antara bandar-bandar lain yang terdapat di Bhutan ialah Phuentsholing, Paro, Samdrup Jongkhar, Gelephu, Punakha, Wangdue Phodrang, Jakar, Samtse dan Nganglam.
PENDUDUK BHUTAN
Bhutan memiliki populasi kurang lebih 700.000 orang penduduk. Daripada jumlah 97% mengaku bahawa hidup mereka bahagia.
Penduduk negara ini terdiri daripada Buddha, Hindu dan beberapa golongan minoriti.Sejak itu, negara ini terkenal dengan gelaran ‘Kingdom Of Happiness’.
Rakyat Bhutan, tidak kiralah yang tua atau muda semuanya ramah dan mesra, amat mudah untuk mengukir senyuman. Mengikut pengalaman pengembara, anak-anak di sana juga sangat beradab dan saling menghormati.
BUDAYA & ADAT
Pakaian tradisional mereka adalah ‘dress code’ untuk tempat-tempat awam. Pakaian ini bukan sahaja dipakai dalam majlis rasmi, malah dalam kegiatan sehari-hari. Pakaian nasional Bhutan untuk kaum lelaki adalah Gho dan Kira untuk kaum perempuan. Kerajaan Bhutan telah membataskan budaya dan masyarakat dari pengaruh luar.
Dorongan ini untuk memastikan perlindungan ajaran kuno. Kini ajaran ini diwariskan melalui festival dan acara lain yang menceritakan kisah leluhur mereka. Pakaian Bhutan dalam kostum meriah, beberapa dengan topeng dan menciptakan rekreasi dan tarian rinci yang menghibur dan menceritakan kepada orang lain tentang kisah kehidupan spiritual Bhutan.

No comment yet for this article. Be first to leave a comment!