Sebelum merancang perjalanan anda ke luar negara, sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap.
Adakah Anda Tersenarai?
Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui passport anda tidak sah atau disekat sewaktu tiba di lapangan terbang.
Antara punca nama disenarai hitam adalah dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.
Individu Disenarai Hitamkan Dari Keluar Negara
Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara.
- Gagal membayar cukai pendapatan
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Terlibat dalam kes jenayah
- Bankrap
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Semakan Senarai Hitam Imigresen
Anda boleh lakukan semakan senarai hitam ini melalui beberapa cara seperti sms, aplikasi online, atau melalui laman web imigresen Malaysia.
- Jabatan Imigresen Malaysia – anda hanya perlu tekan Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” ( anda tak disekat )
Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi 03-88926175.
Anda dinasihatkan untuk melakukan persediaan sebelum ke luar negara. Ini adalah untuk memastikan perjalanan anda tidak disekat atau menghadapi sebarang masalah.
Jika artikel ini membantu anda, komen dan share kepada rakan2 anda. Sebarang cadangan adalah dialu-alukan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!