Apabila anda mengikuti trip rumah bot atau boathouse, pasti anda akan merasa bosan atau hilang arah tujuan apabila mula masuk ke ceruk2 hutan dan kehilangan talian telefon.
Perlu difahami bahawa tiada talian telefon yang ada di tengah tasik atau hutan yang anda akan luangkan masa selama 2hari 1malam atau 3hari 2malam.
Aktiviti Mudah Dan Seronok Ketika Trip Boathouse
Untuk mereka yang bergantung hidup kepada teknologi, inilah masa nya untuk anda tinggalkan semua itu dan berpijak di dunia yang nyata. Lihatlah alam semulajadi yang indah disekeliling anda dan nikmati udara yang segar.
Kebanyakan masa akan anda habiskan berada diatas bot kerana perjalanan dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain agak jauh dan mengambil masa yang lama. Rumah bot yang besar, berat dan agak sukar untuk bergerak, memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya.
Sementara menunggu rumah bot untuk bergerak ataupun ketika berlabuh ditepian tasik, disini ada beberapa cadangan aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang anda.
Card/board Game
Anda boleh membawa kad terup atau kad UNO untuk dimainkan bersama teman-teman atau ahli keluarga anda. Ini akan menambahkan lagi keakraban didalam hubungan anda.
Anda juga boleh cuba untuk bermain sahibba, dam, chess atau permainan lain untuk mengasah skill masing-masing
Karaoke
Kebanyakan rumah bot mempunyai set karaoke dan ini adalah sebuah kemudahan yang sangat menarik. Anda disarankan untuk membawa bahan atau playlist untuk dinyanyikan bersama teman-teman.
Memancing
Dikala malam rumah bot telah berlabuh, inilah masa sesuai untuk anda mencuba nasib dengan joran anda. Berbekalkan umpan roti, pasti ada seekor dua yang melekat di mata kail anda.
Menonton movie
Sediakan beberapa movie didalam pendrive dan anda boleh menonton bersama-sama diwaktu malam di atas rumah bot.
Bird watching
Terdapat berbagai jenis burung yang ada didalam hutan. Anda hanya perlukan teropong khas untuk mengintai burung-burung ini dari kejauhan.
Selain dari aktiviti yang tersenarai didalam jadual perjalanan, ini juga adalah beberapa aktiviti mudah untuk anda isi masa lapang ketika trip rumah bot anda.
Jom join trip boathouse bersama kami!
Tasik Kenyir atau Royal Belum?
2hari 1malam atau 3hari 2malam?
Nak sewa boat sahaja atau siap pakej makan?
Hubungi kami di no 0177331482
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!