Saya yakin ramai yang pernah alami dilema semasa hendak memilih barang yang perlu dibawa dan penting. Anda mula menyusun segala barang yang anda rasa penting di atas katil dan berfikir adakah ianya muat bag anda.
Kemudian, anda mula senarai pendekkan beberapa barang yang paling penting dan berguna. Namun, kadang-kadang anda masih tidak dapat membuat keputusan kerana semua benda sangat penting bagi anda. Disini kami listkan barang yang wajib dibawa ketika travel.
Antara barang yang wajib dibawa ketika travel
1. Passport / Dokumen Pengenalan Diri
Barang paling WAJIB dibawa kalau anda ke luar negara. Passport adalah dokumen pengenalan yang sangat penting kalau ke luar negara. Simpan dengan rapi dan pastikan dalam tempat yang selamat.
Tapi kalau travel dalam negara tak perlu la nak bawa passport pulak.
2. Travel charger dan powerbank
Semestinya anda membawa pelbagai gajet untuk melancong. Pastikan anda tidak lupa membawa charger kamera, charger handphone, 2 point USB multicharger, 3 gang of 3 pin extension, kabel USB dan universal adapter.
Biasanya hotel atau hostel menggunakan plug 2 pin sebab itu ianya sangat penting untuk anda memastikan semua keperluan ini tersedia untuk kemudahan anda. Jangan lupa mengecaj power bank sebelum memulakan perjalanan anda.
3. Tisu Basah
Banyak negara yang tak menggunakan paip di jamban, yang mana menyukarkan mereka yang biasa menggunakan paip. Wet tissue atau tisu basah adalah barang penting yang perlu dibawa kalau ke nagara-negara luar.
Selain itu, ia juga penting nak basuh tangan kalau kalau tak ada tempat nak basuh tangan.
4. Stok Makanan
Banyak senario yang mungkin anda hadapi semasa melancong seperti tiba lambat di hotel atau hostel dan malangnya tiada perkhidmatan bilik. Anda terlepas tren terakhir dan tersekat di stesen kereta api dan belum makan. Untuk elakkan daripada lapar dan dahaga, pastikan anda bersiap sedia dengan stok makanan dan minuman.
Protein bar, kekacang, atau apa-apa makanan yang tidak perlu disimpan di dalam fridge ialah makanan terbaik untuk disumbat ke dalam beg anda. Tapi jangan hanya bergantung kepada makanan segera seperti ini kerana ianya tidak berkhasiat dan tidak begitu digalakkan untuk diamalkan. Pastikan ianya kecemasan.
5. Mini Medi-Kit
Ini ialah benda paling utama yang disenarai dalam barang ‘must have’ semasa melancong. Pastikan anda membawa pelbagai jenis ubat seperti paracetamol, ubat selsema, breathe right untuk dengkuran/ selsema, sakit tekak, ubat sakit perut, ubat batuk dan counter pain untuk sakit urat dan bandage.
Jangan ambil ringan tentang ubat-ubatan ini. Ianya untuk kegunaan kecemasan jika sakit di tengah malam, atau jika anda menginap ditempat yang jauh dari kedai serbaneka atau kawasan terpencil. Jangan lupa untuk bawa sekali sudu plastik bersama.
6. Beg duit, wang tunai dan kad kredit
Ini adalah benda paling penting. Seeloknya bawa wang lebih untuk kecemasan. Selain cash, anda juga digalakkan untuk menggunakan kad ATM atau kad kredit.
Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu menukar dan membawa wang tunai banyak-banyak apabila melancong. Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara bagi kad anda.
Itu adalah antara barang yang wajib di bawa ketika travel. Bagaimana pula dengan anda? Jika anda ada sebarang cadangan atau komen boleh tinggalkan komen anda dibawah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!