Musim sejuk merupakan satu saat yang sangat dinantikan. Ini kerana antara destinasi percutian luar negara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah negara-negara yang mempunyai iklim sejuk seperti Korea dan Jepun.
Setiap hujung tahun, terutamanya pada musim sejuk (winter) pastinya kita dapat melihat berduyun-duyun orang kita keluar bercuti ke tempat-tempat sejuk ini yang ingin merasa suasana sejuk dan bermain dengan salji.
Bijak Membeli Pakaian Musim Sejuk
Namun satu perkara yang menjadi ‘beban tambahan’ kepada kita semua untuk menikmati suasana musim sejuk dengan aman adalah kos untuk memiliki pakaian musim sejuk serta aksesorinya adalah sangat mahal dan ramai juga dikalangan kita melakukan pelbagai kesilapan besar dalam pembelian terutamanya bagi yang baru pertama kali ke luar negara.
Jadi, bagaimana kita boleh membeli pakaian musim sejuk secara murah dan menjimatkan?
Membeli pakaian sejuk yang sesuai dan menjimatkan boleh menjadi tugas yang mencabar, jika anda tidak tahu di mana dan apa yang harus dilihat.
Walau bagaimanapun, anda tetap boleh kelihatan cantik dan bergaya semasa percutian musim sejuk tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk pakaian musim sejuk!
Di sini kami senaraikan 5 tips berguna dan penting bila membeli pakaian musim sejuk.
1. Jangan Berbelanja Tanpa Melihat Senarai Keperluan
Jika anda melakukan perbelanjaan tanpa mempunyai senarai keperluan, anda pasti berakhir dengan berbelanja lebih daripada yang anda rancang pada mulanya.
Apa yang terbaik adalah senaraikan barang keperluan asas musim sejuk seperti jaket, seluar, pakaian dalam, stoking, scaft, kasut, sarung tangan dan sebagainya.
Jika anda telah mempunyai senarai pembelian, InsyaaAllah anda tidak akan melebihi had budjet dan mengelakkan pembelian yang tidak sepatutnya.
Dengan cara ini, anda akan lebih menjadi pembeli yang bijak, lebih terancang, yang mana tidak membazirkan wang terhadap item yang tidak diperlukan.
Percayalah, jika anda melihat kembali pakaian-pakaian anda selama ini, anda pasti terkejut melihat sebeberapa banyak item pakaian yang terdapat dalam almari anda!
2. Fokus Kepada Harga Dan Kualiti
Pakaian musim sejuk dari jenama terkenal bukanlah murah. Ia selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti bahan buatan, ketebalan dan gaya. Semakin berjenama, semakin mahal pakaian musim sejuk tersebut.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan item pakaian musim sejuk yang bagus dan berkualiti untuk semua ahli keluarga anda jika anda bersungguh-sungguh mencari diskaun dan special offer.
Tidak semestinya harga murah tidak berkualiti.
3. Tinjau Online Shop Terlebih Dahulu
Pada zaman ini, lanskap perniagaan telah berubah. Kemunculan banyak kedai atas talian menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna seperti anda. Jadi ambil peluang ini untuk menjimatkan wang.
Selalunya anda boleh mendapat banyak diskaun dan kupon penjimatan bila hampirnya dengan musim cuti sekolah.
Apa yang hanya anda perlu lakukan adalah luangkan sedikit masa melayari internet untuk mendapatkan harga yang terbaik.
4. Beli Yang Benar-Benar Sesuai Dengan Badan Anda
Ini adalah point yang paling penting dan perlu diberi perhatian terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke tempat sejuk.
Suhu yang sejuk bukanlah perkara yang main-main. Silap percaturan, pemilihan pakaian yang tidak sesuai boleh membuatkan anda deman dan jatuh sakit.
Apa guna bercuti bila sakit dan hanya mampu terperap dalam bilik, bukan?
5. Jangan Beli Pakaian Musim Sejuk Mengikut Trend Fesyen Terkini
Setiap trend fesyen mempunyai saat yang tertentu, sama ada dari segi corak dan design. Selepas berlalunya fesyen tersebut, pakaian selalunya akan hanya terperap di dalam almari, atau diberikan kepada orang lain sahaja.
Jika anda selalu membeli pakaian mengikut trend terkini, agak mustahil untuk mendapatkan item tersebut pada harga murah dan menjimatkan wang.
Sebaliknya, kami cadangkan supaya mengabaikan trend fesyen terkini tetapi sebaliknya mencari item yang nampak sepadan dengan gaya anda.
Walaupun mungkin bukan fesyen terkini, tetapi fesyen lama yang disuaikan supaya sepadan dengan gaya penampilan anda pasti tetap menarik untuk pakai.
Apa yang lebih menarik, kebanyakkan item-item ini selalunya lebih murah pada akhir musim.
Pihak peniaga selalunya tidak mampu untuk menyimpan stok item-item lama dan pasti membuat tawaran diskaun akhir musim yang menarik– inilah waktu yang sesuai untuk berbelanja!
Walaupun begitu, berhati-hati bila membeli belah pakaian musim sejuk untuk anak-anak yang masih kecil kerana mungkin saiz mereka membesar tahun hadapannya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!