Ini adalah antara viral couple trip untuk 5 hari 4 malam di Yogyakarta yang dikongsikan oleh seorang wanita yang sangat cantik baru-baru ini tular sehingga mendapat shared di Facebook sebanyak 1.6 ribu orang pada postingnya kerana gambar yang di ambil sungguh cantik dan menarik minat orang untuk melihat.
Ini sangat berguna pada yang nak pergi ke Yogyakarta tetapi tidak tahu tempat-tempat yang menarik dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan travel agency.
Pada tahun 2020 ini pastinya ada daripada anda yang sudah merancang untuk melancong. Tipulah jika anda tidak teringin untuk ke Yogyakarta yang sangat cantik dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan ini.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Arra Nasir telah berkongsi itinerary & kos. Dan ia menjadi viral couple trip untuk 5 hari 4 malam di Yogyakarta. Menarik, bukan? Baca perkongsian beliau di bawah ini.
Viral Couple Trip Untuk 5 Hari 4 Malam Di Yogyakarta
Menerusi perkongsian beliau, bajet keseluruhan beliau untuk trip ini dalam lingkungan RM 2000 sahaja dimana termasuk pengangkutan, penginapan dan entrance fees.
Saje nak share rough budget & itinerary utk siapa2 yg ada plan nak ke Jogja. Feel free to comment kalau nak tanya apa2. 😉 In summary, Jogja memang tempat yg best utk dilawati. Tapi bagi sy Jogja ni tak sesuai untuk kanak2, warga tua & ibu mengandung sbb agak jauh nak ke 1 tempat & boleh tahan dasyat la perjalanan tu.
Currency Exchange masa kitorang pergi 1juta rupiah = RM316
Tiket Flight RM530 utk dua org. (Tiket boleh dpt lg murah. Lagi2 kalau beli time Free Seat)
Day 1:
Prambanan Temple (30k seorang utk local)
Ratu Boko (110k utk sunset view ticket, normal view 60k utk foreigner)
Tebing Breksi (20k utk dua org tapi boleh bayar seikhlas hati)
Candi Ijo (Free tp sbnrnya kena bayar 10k sorg)
Day 2:
Blue Lagoon (5k sorg tapi sbb hujan & air keruh kitorang masuk free je takde org jaga) 😑
Candi Borobudur (130k utk student card) – Yg ni pandai2 la bagi ada kan student card utk yg tak ada
Pantai Parantritis (Free)
Gumuk Pasir Sandboarding (Free tp sewa sandboarding 100k utk 1/2jam, 150k utk 1 jam, 190k utk sepuas hati)
Malioboro Street naik becak dalam 10-20k 1 trip
Day 3:
Goa Pindul Cave Tubing & Sungai Oyo River Tubing (150k sorg utk dua aktiviti – yg ni mahal sbnrnya ada tmpt lain yg murah tp masa kitorg pergi tu tempat lain tutup)
Lobster! 1 kg = 450k & termasuk nasi/tempe goreng/ulam & sambal sedap
Pantai Timang (35k sewa 1 ojek (motor utk ke Pantai), 5k utk entrance tp boleh bayar sesuka hati, naik gondola 200k sorg)
Pantai Indrayanti (10k sorg tp boleh access utk 9 pantai yg lain)
Day 4:
Kitorang naik 1 becak utk bawak kitorang pergi tempat2 kat bawah ni just 80k je dia charge
Kraton (12.5k sorg + 1k fees utk bawak camera phone) – 50k bagi tips kat guide sbnrnya guide tu free je tapi takde duit kecik so bagi je 50k
Tamansari Water Castle (15k sorg) – 20k tips utk guide
Pasar Beringharjo – best kalau suka shopping ada byk sgt kain batik rasa nak pengsan nak beli semua 😝
Malioboro Street – shopping souvenir tp sbnrnya lagi murah beli kat Prambanan so tak sempat nk menyesal dah esok nak balik 😭
Day 5:
Taxi to airport 80k
Merapi Lava Tour: 1 jeep 450k utk sunrise view with max 4 person
Kalau bukan sunrise 350k utk 1 jeep
Antara local food yg kitorang try:
1) Mie Ayam lebih kurg 7k 1 mangkuk
2) Nasi Padang (sedap & murah gila dalam 79k utk 3 org dgn macam2 jenis lauk)
3) Bakso 15k satu mangkuk termasuk air
4) Nasi goreng Pak Supri (menarik sbb masak guna kayu api) 15k termasuk air utk sorg
5) Bakpia ni kuih tradisional Jogja. Yg paling sedap is bakpia yg inti fresh & bukan dry (bagi saya) & brand paling sedap is Bakpia 25
Tips:
1) kitorang upah supir utk 3 hari je masa nak pergi tempat wisata (perlancongan) yg jauh & tempat yg dekat2 naik becak je sbb lg jimat & walaupun flight korg pagi dia tetap charge full day so rugi kat situ.
2) Supir – 1.3juta 1 kereta utk 3 hari termasuk driver, petrol & parking (Mas Heru – +62 853 85611063)
3) Accomodation – Adhisthana Hotel (RM372 utk 4 malam termasuk breakfast)
4) Berlatih la ckp indonesia byk2 supaya boleh dapat harga tiket local 😂
5) Bulan 9 – 1 ni Jogja dah start musim hujan so byk tempat wisata jadi terbatas sikit nak travel. Plan wisely!
6) Makanan kat sana mmg murah2 sekali makan bajet dalam 30-40k utk 2 org termasuk air
7) Kalau pergi lama boleh la beli simcard simpati paling bagus signalnya dlm 65k utk 4GB tp pastikan korang check dulu data tu betul tak dpt mcm yg korg beli
8) Hati2 masa kat Borobudur sbb byk penjual yg suka memaksa so kalau rs taknak beli jgn pandang pun muka dorg. Nti diorang kejar korg smpai korg beli 👻
9) Souvenir beli kat Prambanan! Please ingat ni nanti menyesal mcm sy. (Comparison: 1 keychain kat Prambanan 1k, kat Malioboro 5 keychain 10k)
10) Total ktorg bawak 5juta utk dua org (tak termasuk hotel & flight) & masih berbaki duit tu
11) Masa kat airport kalau rs bag nampak sgt besar & lebih 7kg baik check in sbb airport dia kecik so ms ktorg haritu dia letak weightscale tu betul2 kat pintu masuk kat boarding area 😑
12) Mineral water beli kat Indo Maret or pape kedai. Kalau beli kt Malioboro tu 1 botol 500ml 5k harganya. Kalay beli kat Maret 5k boleh dapat yg 1.5L.
Apa kata lihat pula gambar-gambar beliau sepanjang beliau melancong di Yogyakarta. Cantik-cantik gambar beliau ambik semasa beliau di Yogyakarta. Apabila anda melihat gambar-gambarnya pasti anda terbayang-bayang anda di tempat yang mereka pergi ini.


Cantik-cantik bukan ?? Selepas melihat gambar-gambar yang cantik ini pastinya membuat anda teruja untuk melancong ke Yogyakarta. Anda pasti sudah tahu anda ingin ke mana tahun inikan?

No comment yet for this article. Be first to leave a comment!