Anda teringin untuk bercuti tetapi tidak tahu di mana? Mesti banyak lagi pulau pulau yang anda belum jelajah kan. Jom kita tengok, pulau di Terengganu yang cantik dan sesuai untuk bercuti.
Terengganu sememangnya suatu negeri yang terkenal di Malaysia. Dari penyu, keropok lekor, batik ke nasi dagang, semuanya mengingatkan kepada Terengganu. Namun begitu, ada sesuatu yang anda perlu tahu. Pulau di Terengganu juga menjadikan Terengganu antara destinasi pilihan untuk rakyat Malaysia mahupun pelancong untuk bercuti.
5 Pulau Di Terengganu Yang Menarik Untuk Bercuti
Antara keindahan yang membuatkan ramai pengunjung hadir ke pulau di Terengganu tentunya pantai berpasir putih dan laut yang jernih. Jom! Teruskan membaca supaya anda tahu pulau di Terengganu untuk bercuti.
Pulau Redang – Paling Popular
Terletak kira-kira 46 km dari persisiran pantai Kuala Terengganu, Pulau Redang merupakan pulau terbesar di antara pulau yang ada di Laut China Selatan & perairan negeri Terengganu. Selalunya, pelancong lebih gemar untuk menaiki bot di Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu.
Pulau Redang menjadi syurga bagi mereka yang kaki berenang, snorkeling, menyelam skuba dan jungle trekking menjadikan pulau ini amat popular bagi mereka yang ingin bercuti ke Terengganu.
Pemandangan seindah ini sememangnya satu kenangan yang anda tak dapat lupakan.
Pulau Perhentian – Syurga Para Penyelam
Pulau ini terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besut.
Menjadi syurga buat para penyelam kerana keindahan hidupan dalam airnya, pulau ini sememangmya patut dilawati bagi peminat aktiviti selam dan snorkeling. Selain melihat keindahan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna warni, anda juga boleh melihat penyu di sini.
Pulau Kapas – Destinasi Pulau yang santai
Bagi mereka yang ingin melepaskan penat lelah dan berehat, Pulau Kapas sememangnya menjadi tempat yang patut anda lawat. Pulau Kapas tidaklah sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian menjadikan pulau ini tidak terlalu sesak dengan pengunjung walupun ketika cuti sekolah.
Pulau Tenggol – Lokasi Menyelam Bertaraf Dunia
Bagi mereka yang fokus kepada menyelam dan inginkan suasana bertaraf dunia, anda patut melawat pulau ini. Mengapa dikatakan lokasi menyelam bertaraf dunia? Anda boleh berjuma dengan pelbagai hidupan marin yang menarik seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard sharks, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat berjumpa dengan whale shark di sesetengah tempat pada bulan Ogos – Oktober setiap tahun.
Pulau Bidong – Galeria Penyelam Di Dasar Laut
Pulau ini terkenal kerana mempunyai banyak kawasan terumbu karang yang menarik. Mempunyai 15 lokasi menyelam, Pulau Bidong seringkali menjadi kunjungan mereka yang ingin menyelam skuba.
Namun begitu, tiada penginapan yang dibangunkan di sini kerana mungkin kawasannya yang terlalu berbatu. Tetapi janganlah risau kerana banyak organizer di Pulau-Pulau sekitar yang boleh membantu & membawa anda ke sini.
Jika anda berminat untuk bercuti ke Pulau Perhentian & Pulau Redang, boleh hubungi kami di;
Hamzi – Trip Jalan Jalan
Untuk melihat pakej yang kami tawarkan, boleh lihat di sini;
Berminat untuk bercuti di Malaysia dan pulau-pulau disekitarnya, jenguk sini;
Pulau Redang – Aktiviti Menarik
Royal Belum – Aktiviti Menarik
Pulau Perhentian – Tempat Menarik
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!