Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17.
Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 10 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Vietnam.
Disini kami akan senaraikan tempat- tempat yang menarik yang dapat dikunjungi sepanjang 3 hari 2 malam di Ho Chi Minh.
Ho Chi Minh : 3H2M
Hari Pertama
Selepas tiba di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, kita akan dibawa ke bandar Ho Chi Minh. Selepas itu, kita akan singgah di Kilang yang Wholesale yang menjual pelbagai barang dengan sangat murah.
Setelah penat shopping di sini, kita akan check in Hotel. Disini kita akan makan malam dan semua orang boleh buat aktiviti masing- masing sama ada ingin berehat di hotel atau berjalan sambil ambil angin malam di Bandar Ho Chi Minh.
Hari Kedua
Di hari yang kedua, kita akan bersarapan pagi selepas itu akan bergerak ke Mekong Delta. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam untuk tiba di sana.
Tiba di My Tho, kita akan melawat unicorn island, dragon and turtle island dengan menaiki motor boat.
Selain itu, kita juga akan menyusuri Natural coconut canal yang sangat cantik. Di sepanjang perjalanan, kita dapat melihat pelbagai jenis pokok kelapa yang tumbuh di sekitar sungai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pergi ke Ben Tre untuk melibatkan diri dalam membuat gula- gula kelapa yang diuli sendiri di Coconut Workshop.
Selepas tamat aktiviti, kita pergi makan tengah hari di salah satu restoran halal berdekatan dengan masjid di sini. Setelah tamat makan, mula bergerak semula ke Ho Chi Minh dan melawat Hawa Sales.
Aktiviti hari kedua tamat dan pulang ke hotel untuk beristirehat dan makan malam.
Hari Ketiga
Seperti biasa, setiap pagi kita akan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan apa – apa aktiviti.
Selepas itu kita akan berkunjung ke Saigon Square. Saigon Square merupakan tempat untuk membeli belah. Pelbagai barangan di jual di Saigon Square seperti baju, aksesori dan barang kemas.
Setelah itu, kita akan singgah di Hard Rock cafe dan seterusnya makan tengah hari di Restoran Halal di Ho Chi Minh.
Selepas itu kita akan bergerak ke Ben Thanh Market dimana terdapat banyak barang seperti cenderahati, telekung dan tudung banyak dijual. Harga juga sangat berpatutan.
Tamat aktiviti untuk hari ketiga dan menuju pulang ke hotel. Di hotel, peserta boleh berehat seterusnya makan malam di situ.
Hari Keempat
Hari Keempat adalah hari terakhir di Ho Chi Minh. Selepas habis sarapan pagi, peserta diberikan masa untuk membeli belah di sekitar bandar Ho Chi Minh dan seterusnya check out dari hotel.
Akhir sekali akan bergerak ke lapangan terbang Tan Son Nhat untuk pulang ke Malaysia.
Itu sahaja itinerary bagi pakej ke Ho Chi Minh. Jika anda berminat boleh survey ke Trip Jalan Jalan






No comment yet for this article. Be first to leave a comment!