Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia. Terkenal untuk hutan hujannya yang lebat dan pantai yang cantik, tidak menghairankan jika Sarawak adalah salah satu tempat percutian yang terbaik di Malaysia. Kaya dengan tarikan dan budaya , berikut adalah 6 tempat menarik di Sarawak yang perlu anda lawati.
6 Tempat Menarik Di Sarawak Untuk Dilawati
Sarawak mengukir sejarah yang sangat penting tentang awal kehidupan manusia. Bumi tua ini juga penuh dengan warna-warni yang menunggu untuk diterokai. Apa tunggu lagi? Jom kita siasat, 6 tempat menarik di Sarawak.
1. Taman Negara Niah
Mengikut kajian, gua ini merupakan gua yang termasyur di dunia kerana di sinilah wujudnya penemuan yang penting dalam sejarah dunia. Di sini, pakar arkeologi telah menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia. Gua ini menunjukkan tentang kehidupan awal manusia di Asia Tenggara sekita 40,000 tahun lampau.
Dan di dalam gua ini juga banyak ativiti boleh di buat seperi jungle trekking melalui Madu Trail, jungle trekking melalui Bukit Kasut Trail, melawat Traders Cave, Kuala Gankira dan Rumah Chang.
Harga untuk masuk serendah RM10 sahaja untuk setiap orang. Gua ini terletak di Miri, Sarawak.
2. Muzium Kebudayaan Sarawak

Bagi sesiapa yang ingin melihat lebih lanjut mengenai budaya di Sarawak, anda di temat yang tepat. Anda dapat melihat replika rumah serta bangunan etnik-etnik utama di Sarawak di sini. Sebagai contoh rumah panjang Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan pagoda orang Cina. Di dalam rumah ini anda akan dapat melihat kakitangan yang berpakaian tradisional sedang menjalankan aktiviti seharian mereka .
Di sini, anda juga dapat melihat persembahan kebudayaan sebanyak dua kali sehari. Sudah pastinya kraftangan tradisional masyarakat Sarawak turut dipamerkan. Sebagai contoh manik Sarawak dan Pua Kumbu yang merupakan tekstil tradisional kaum Iban.
3. Gua Dongeng

Gua Dongeng adalah sebuah gua batu kapur yang indah yang terletak sekitar 40km dari ibu kota Sarawak, Kuching. Untuk sampai ke pintu masuk gua ini, anda perlu naik tangga konkrit empat tingkat.
Walaupun pintu masuk gua ini agak sempit, ia akan membuka ke kawasan yang luas dengan pembukaan yang besar di bahagian atas yang membolehkan cahaya matahari bersinar.
4. Pasar Malam Siniawan

Pasar Malam Siniawan dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ia merupakan tempat yang seronok untuk anda menikmati waktu malam.
Juga terdapat pelbagai makanan pelbagai bangsa terutamanya makanan bangsa Cina dengan kadar harga yang jauh lebih murah dan sedap. Selain itu, anda boleh melihat pelbagai budaya di pasar malam ini .
5. Taman Negara Bako

Taman Negara ini adalah yang terkecil di Sarawak, namun, ia menempatkan pelbagai jenis hidupan liar. Juga menempatkan monyet belanda yang memiliki hidung yang besar ataupun dipanggil monyet proboscis yang hanyalah terdapat di Borneo. Di samping itu, terdapat juga pantai, laut, paya bukau dan kawasan air terjun untuk anda melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Untuk melawat tempat ini, anda perlu membuat tempahan dengan ejen pelancongan anda yang kemudiannya akan mendaftar anda untuk lawatan berpandu pilihan anda.
6. Jambatan Darul Hana

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti jambatan yang biasa pada siang hari, anda akan berasa kagum dengan keindahan jambatan ini pada waktu malam. Bukan sahaja jambatan ini kelihatan berwarna-warni dengan pelbagai warna lampu menyala, anda juga akan dapat melihat pancutan air muzik di sini. Anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk melihat keindahan ketika matahari terbenam dari sini, sangat mengujakan.
Tempat menarik di Sarawak yang sepanjang 33 meter ini juga dibina untuk menyerupai huruf ‘S’ dari Sarawak dan menghubungkan ‘Kuching Waterfront’ ke kawasan utara bandar di mana terletaknya kompleks perhimpunan perundangan negeri, serta taman botani dan orkid.pada setiap pukul 8.30 malam terdapat persembahan cahaya laser yang disertai dengan iringan muzik di kawasan pancuran air. Memang rugi kalau terlepas.
Sarawak sememangnya sebuah tempt yang patut anda lawati. Indah dengan hutan hujannya yang amat luas, flora yang hijau sejauh mata memandang dan fauna yang pelbagai. Sama-sama kita jaga keindahan alam ini.
Inginkan percutian di dalam Malaysia, boleh hubungi kami untuk menguruskan urusan percutian anda di sini;
Wan – Trip Jalan Jalan
Lihat lagi artikel kami;
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!