Hai Korang, Sebenarnya Terdapat Banyak Aktiviti Yang Memberikan Keseronokkan Di Auckland, New Zealand yang anda semua tidak ketahui. Auckland merupakan sebuah kota yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik & mengujakan.
Jika Anda Ingin Ketahui lebih lanjut, Lets Check It Out.
AKTIVITI YANG MEMBERIKAN KESERONOKKAN DI AUCKLAND, NEW ZEALAND
1. LAKE TAUPO
Lake Tapou adalah tasik yang terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu kesan letupan gunung berapi yang amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou adalah sama luas dengan seluruh negara Singapura.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan, antaranya bermain ski, berlayar, berkayak & memancing. Anda juga boleh bersiar-siar menaiki feri untuk menikmati pemandangan di Lake Tapou yang mengagumkan.
Lokasi : Taupo District, Waikato Region, North Island
2. SKY TOWER
Sky Tower amat terkenal dengan aktivitinya yang mendebarkan seperti sky jump & sky walk. Kepada anda yang gemar akan aktiviti lasak & tidak gayat akan ketinggian, aktiviti ini amatlah sesuai buat anda.
Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Auckland pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti ini.
Lokasi :72 Victoria Street West, Auckland CBD, Auckland 1141, New Zealand
3. GLOWING WORN CAVE, WAITOMO
Jika anda ingin mendapatkan pengalaman yang unik di New Zealand. Glowing Worm Cave adalah Detinasi paling sesuai kerana terdapat sejenis ulat ‘bercahaya’ yang unik & mempersonakan.
Anda boleh menerokai gua ini dengan menaiki bot atau pelampung. Terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang dapat lakukan di Gua ini.
Lokasi : 39 Waitomo Village Rd, Waitomo Caves, Otorohanga 3943, New Zealand
4. WAI-O-TAPU THERMAL WONDERLAND
Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Destinasi Menarik Dunia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik sahaja anda menjejak kaki di New Zealand.
Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas & terletak di kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu.
Lokasi : 201 Waiotapu Loop Road, Rotorua 3073, New Zealand
5. SKTLINE ROTORUA
Skyline Rotorua adalah aktiviti paling menakjubkan dengan menaiki Cable Car untuk menikmati pemandangan 180 darjah Lake Rotorua. Lawatan anda tidak akan lengkap tanpa menaiki salah satu trek Skyline.
Antaranya ialah Permainan Luge yang juga disebutkan sebagai Go Kart. Terdapat 3 jenis trek yang boleh dipilih iaitu amatur, profesional & ekstrim.
Lokasi : 178 Fairy Springs Road, Fairy Springs, Rotorua 3015, New Zealand
6. SNOWPLANET
Snowplanet adalah Lorong bagi aktiviti ski Dalaman yang hanya terdapat di Auckland sahaja. Di Snowplanet juga terdapat kubah salji, Gelongsor tiub salji & restoran santai yang hangat.
Kepada anda yang ingin mencuba aktiviti ski yang lebih selamat & menyeronokkan, Snowplanet adalah Destinasi yang paling sesuai.
Lokasi : 91 Small Road, Silverdale 0932, New Zealand
7. ECOZIP ADVANTURES
EcoZip Adventures menawarkan pelbagai jenis aktviti yang menyeronokkan seperti Zipline, Flying Fox & banyak lagi. Aktiviti ini dijalankan di hutan yang mesra alam iaitu di Pulau Waiheke.
Untuk peminat alam semula jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya bersama rakan2 & ahli keluarga yang tercinta.
Lokasi : 150 Trig Hill Road, Waiheke Island, Auckland 1081, New Zealand
8. SKYDIVE
Skydive Auckland adalah aktiviti skydive yang tertinggi di New Zealand, anda akan melompat dari ketinggian 20,000 kaki. Aktiviti ini sememangnya mendebarkan dengan latar belakangnya yang luar biasa & unik dari pantai timur serta barat New Zealand.
Kebanyakan pelancong yang telah melakukan aktiviti ini pasti berniat untuk mencubanya lagi kerana ianya amat menyeronokkan.
Lokasi : 73 Green Road, Parakai 0874, New Zealand
9. KAYAK DI PULAU BROWNS
Pulau Browns dikenali sebagai Motukorea merupakan salah satu gunung berapi yang terpelihara di Auckland Volcanic Field. Bot persendirian & aktiviti berkayak adalah satu-satunya cara untuk tiba ke pulau yang dipelihara ini.
Anda akan mendayung hingga Motukorea diiringi dengan pemandangan yang indah serta anda berpeluang belajar tentang sejarah pulau yang menarik ini.
Lokasi : Hauraki Gulf
10. WOODHILL MOUNTAIN BIKE PARK
Woodhill adalah lokasi yang paling Popular & Best untuk lakukan aktiviti berbasikal di gunung Auckland. Ia juga mempunyai lebih daripada 60 trek yang dibina melalui Hutan Pain berhampiran Pantai Barat.
Woodhill juga menyediakan beberapa aktiviti menarik yang lain termasuk Highwire Adventures & Disc (Frisbee) Golf.
Lokasi : Restall Road, Woodhill, Auckland 0883, New Zealand
Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kesemua aktiviti2 Menyeronokkan yang terdapat pada senarai di atas. Anda pasti akan teruja & merasai pengalaman yang luar biasa di Auckland, New Zealand ini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!