Inginkan percutian yang relaks dan seronok? Saya ada jawapannya, Koh Lipe, Thailand adalah tempat yang paling sesuai bagi pelancong yang inginkan percutian yang santai dan seronok kerana disana terdapat berbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama yang tersayang dan jauh dari dunia kesibukkan.
Selain itu perjalanannya juga tidak lama iaitu mengambil masa selama 75 minit sahaja menaiki feri dari Langkawi yang akan menjanjikan satu pemandangan yang cukup indah dan menyenangkan.
Antara 6 Aktiviti Santai Dan Seronok Yang Boleh Anda Lakukan Di Koh Lipe
1. Menikmati Pemandangan Terbit/Terbenam Matahari Yang Memukau

2. Snorkeling

3. Kayak

4. Mengurut Di Tepi Pantai

5. Hiking Ke Viewpoint Koh Adang


Sekiranya anda hendak menikmati pemandangan penuh Koh Lipe, anda boleh menaiki bot untuk ke Koh Adang. Tiba di Koh Adang, anda terus tuju ke pejabat ranger di sana untuk dapatkan peta.
Terdapat 3 viewpoint kesemuanya, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit hingga sejam.
6. Mengikuti Kempen Alam Sekitar

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, anda juga boleh mengikuti kempen Hero Trash di Koh Lipe ini. Hero Trash ini merupakan sebuah kempen alam sekitar yang telah diwujudkan oleh negara Thailand ini.
Sesiapa yang berminat dengan kempen ini akan menaiki bot longtail dan menuju ke sebuah pulau yang berdekatan di Koh Lipe akan dipilih oleh pasukan Hero Trash.
Pantai tertentu akan berubah setiap minggu bergantung kepada pasang surut dan di mana pembersihan diperlukan. Di samping anda bercuti anda juga dapat melakukan aktiviti yang berfaedah dan nilai murni pada diri terutama kepada anak-anak.
Inginkan percutian yang relaks dan seronok? Semestinya Koh Lipe akan menjadi pilihan utama saya kerana berbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama yang tersayang dan jauh dari dunia kesibukkan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!