
Naluri traveller yang gemar alam semulajadi pastinya tidak mahu lepaskan peluang bergambar di bawah pancaran fenomena semulajadi yang di gelar ” God Light” di Gua Keris, Dabong. Namun bukan setiap masa fenomena unik ini dapat di rakam. Maka perancangan waktu perjalanan adalah sangat penting untuk pastikan anda berjaya bergambar di bawah pancaran “God Light” di sini.
Tips Untuk Bergambar di bawah pancaran ” God Light” di Gua Dabong

Tips paling penting dan utama adalah MASA.
Anda perlu tiba di dalam Gua Keris, Dabong selewat-lewatnya pada jam 10 pagi.
Ini kerana cahaya mentari pagi terpancar melalui laluan lubang gua berkenaan tidak lama. Di anggarkan hanya sekitar kurang dari sejam sahaja.
Maka, jika anda datang pada sebelah petang, fenomena unik ini mungkin anda tidak dapat temui.
Pancaran cahaya matahari terbenam tidak secerah waktu pagi ketika matahari terbit.
Keunikan Gua di Dabong
Kompleks Rekreasi Gua Ikan , Dabong ini berusia antara 150-200 juta tahun.
Terdapat 4 buah gua di sini iaitu Gua Pagar, Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Gelap.
Untuk mengunjungi gua ini perlu bersama penunjuk arah profesional yang akan menunjukkan lokasi yang menarik dan turut menceritakan perihal kejadian formasi yang berlaku bersandarkan kajian yang pernah dilakukan di gua-gua berkenaan.

“Monkey Head Stone” yang menyerupai kepada Gorila pada dinding Gua Pagar merupakan kesan luluhawa dan kombinasi tumbuhan mati.
Struktur ‘langsir gua’ atau dikenali dengan ‘flow stone’ merupakan satu ruang yang menyerupai langsir. Ia terbentuk hasil daripada aliran air yang membawa bersama hablur mineral seperti kristal membuatkannya berkilau apabila disuluh cahaya.
Fenomena alam semulajadi ini anda akan nikmati sepanjang pengembaaran bersama penunjuk arah professional yang sangat mahir dengan selok belok di dalam gua ini. Selain itu, penunjuk arah professional juga akan memasti keselamatan anda sepanjang menerokai gua-gua di sini.
Lokasi Gua Dabong
Dabong, terletak di daerah Kuala Krai, berjarak 143km dari Kota Baru dan 320km dari Kuala Lumpur.
Sekiranya anda ingin menaiki pengangkutan awam ke Dabong, terdapat kemudahan kereta api ke Stesen Kereta Api Dabong dari Kuala Lumpur.
Walaupun ia bukan destinasi pelancongan yang biasa, ia popular di kalangan pencinta alam semulajadi.
Checklist sebelum ke Gua Dabong
Berikut adalah 7 checklist yang anda harus ambil tahu sebelum pengembaraan ke Gua Dabong :-
- Kasut trekking
- Baju dan seluar track suit.
- Beg kalis air
- Torchlight atau headlamp
- Air mineral
- Insect repellent
- Kamera / Phone Camera
Cara Mudah Untuk Terokai Gua Dabong
Kini anda dah tahu, nak ke Gua Dabong perlukan guide dan juga persediaan kerana lokasinya agak jauh. Cara mudah dan tepat untuk terokai Gua Dabong adalah tempah sahaja Pakej Caving Gua Dabong dari trip Jalan-Jalan.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di Trip Jalan Jalan
mytripjalanjalan@gmail.com
Inginkan aktiviti lasak dan menerokai keindahan alam semulajadi?
Wajib cuba 16 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir .
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!