Hai Korang 😜 Jom Terokai Yogyakarta Yang Penuh Dengan Tradisi Unik & Penuh dengan Keistimewaanya Jiwa Jawa yang Tersendiri. Haaa Tunggu apa Lagi 🤩 Lets Check It Out
JOM TEROKAI YOGYAKARTA YANG PENUH DENGAN TRADISI UNIK

Yogyakarta atau juga dikenali sebagai Jogja adalah sebuah kota di Pulau Jawa Tengah, Indonesia yang terkenal dengan seni tradisi & warisan budayanya. Ia juga merupakan sebuah kota yang dikenali dengan kuil & istana yang megah.
SEJARAH RINGKAS

Yogyakarta terletak di antara Gunung Merapi & Laut Selatan atau Lautan Hindi yang dianggap sebagai 2 unsur penting dalam kosmologi Jawa. Ia juga merupakan Wilayah Kedua Tertua di Indonesia setelah Jawa timur.
Yogyakarta telah Wujud sebelum Indonesia Merdeka lagi & ia juga disebut sebagai Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Kini ia menjadi salah satu Destinasi Percutian yang Terkenal dengan kebudayaan & kesenian Jawanya yang unik.
TRADISI & BUDAYA

Yogyakarta adalah pusat seni & budaya yang mempunyai keunikannya tersendiri kerana ia dipimpin oleh seorang Sultan yang masih memegang Tradisi yang kuat terutama seni.
Kebanyakan Penduduk di Yogyakarta juga mengamalkan budaya & seninya yang istimewa untuk mengingati nenek Moyang mereka. Mari kita terokai bersama-sama Budaya & Tradisi yang unik di Yogyakarta ini :
GREBENG MULUDAN

Grebeg Muludan ini diraikan pada Tanggal 12 Rabiul Awal (Kelahiran Nabi Muhammad SAW). Ritual ini dimulai dengan adanya Gunungan Makanan yang tersusun tinggi dari beras ketan, makanan pokok, sayur & buah-buahan yang dikawal oleh sebuah Pasukan “kompi”.
Perarakan ini diraikan seperti kita menyambut Maulidur Rasul di Malaysia. Yogyakarta ada cara yang tersendiri dengan memberikan Gunungan makanan tersebut kepada masyarakat dengan tujuan bersedakah & mendapat Berkah.
SIRAMAN PUSAKA

Upacara Siraman Pusaka telah menjadi kewajiban untuk penduduk di Yogyakarta. Upacara ini diadakan untuk membersihkan segala pusaka yang terdapat di keraton kesultanan.
Tradisi ini dilaksanakan setiap bulan Suro pada hari Jumat Kliwon atau Selasa Kliwon. Antara pusaka yang penting bagi Keraton Yogyakarta ialah tombak K.K Ageng Plered, keris K.K Ageng Sengkelat & kereta kuda Nyai Jimat.
WAYANG KULIT

Salah satu budaya utama di Yogya adalah Wayang Kulit. Ia merupakan Panggung Wayang secara Tradisional yang masih diadakan di Jawa Tengah ini. Wayang Kulit ini dipimpin oleh seorang Dalang yang amat mahir.
Wayang kulit ini juga berkisahkan cerita kepahlawanan atau mitologi Jawa yang mengandungi isi yang tersirat dalam menjaga kebudayaan Jawa di Yogyakarta itu sendiri.
PEMBUATAN BATIK

Yogyakarta juga dikenali dengan asal-usul Batik Kraton Jawa. Ia adalah tradisi batik yang tertua di Jawa. Batik jenis ini kebanyakannya mempunyai nada warna tanah seperti hitam, coklat & kuning gelap.
Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tersirat & sesetengahnya adalah reka bentuk yang terhad mengikut tujuan si pemakai.
LABUHAN

Labuhan ialah salah satu perayaan yang utama di Yogyakarta. Ia adalah sebuah upacara ritual yang bertujuan untuk memelihara hubungan suci antara Sultan Yogya sebagai Pemerintah Pertama Kerajaan Mataram yang kedua.
Ritual ini dilakukan mengikut tradisi warisan lama. Kebiasaannya upacara ini dihadiri oleh orang ramai yang ingin mendapat berkah dari Pencipta Dunia.
MAKANAN TRADISIONAL
1. TIWUL

Tiwul adalah makanan tradisional Yogyakarta yang popular diperbuat daripada ubi kayu yang diketuk & dikeringkan. Ia juga digandingkan bersama Gaplek yang dikukus dengan Gula Perang.
2. GUDEG

Gudeg adalah hidangan yang dibuat dengan buah jack yang belum sepenuhnya masak serta rempah ratus seperti bawang putih, daun bay, daun jati, galanga & banyak lagi yang dimasukkan sekali ke dalam hidangan. Gudeg turut disajikan bersama Nasi Putih, ayam, telur rebus, tempe & tauhu.
3. BAKPIA PATHOK

Bakpia Pathok adalah Roll Cake kecil yang berbentuk bulat. Terdapat juga inti Kacang mung yang ditumbuk sehingga lembut di dalamnya. Ia juga adalah Manisan Tradisional yang menjadi kegilaan ramai pelancong untuk dibawa pulang ke tanah air.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!