Jauh dah kita plan kan. Nak pergi mana, dengan siapa, bajet berapa. Tapi ada satu saja masalah lagi. Bagaimana nak ke sana? Bagi mereka yang ingin ke Pulau Perhentian, tentunya artikel ini sesuai untuk anda. Jom saya tunjukkan, cara ke Pulau Perhentian dengan ringkas dan mudah untuk difahami.
Pulau Perhentian merupakan sebuah pulau yang memang tidak asing lagi bagi warga Malaysia mahupun pengunjung dari luar negara. Pulau yang indah dikelilingi dengan pasir pantai yang berkilau dan air laut yang jernih tentunya mampu membuatkan siapa yang berkunjung merasa nyaman dan tenang.
Cara Ke Pulau Perhentian

Menggunakan Kapal Terbang ke Terengganu
Jika anda mampu untuk menaiki kapal terbang, anda boleh pilih untuk turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan atau Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Terengganu. Dari lapangan terbang tersebut, anda perlu untuk naik teksi untuk ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.
Sekiranya anda dalam bajet, anda boleh turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan dan boleh mengambil bas di Bandar Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Besut, Terengganu dan minta pemandu bas hantarkan ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.
Naik di Lapangan terbang pilihan anda – turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan – ambil bas di Bandar Kota Bharu, Kelantan – berhenti di Jeti Kuala Besut, Terengganu.
Menggunakan Bas Ke Terengganu
Sekiranya anda mengambil bas pula, anda perlu untuk turun ke Stesen Bas Kuala Terengganu, Terengganu. Seterusnya anda berjalan kaki saja ke Jeti Kuala Besut, Terengganu kerana perjalanan hanya mengambil masa dalam 15-20 minit berjalan. Mudah bukan.
Anda disarankan untuk mengambil bas pada malam sekiranya anda bukan dari Terengganu kerana sekiranya anda dari Selangor, perjalanan mengambil masa 8 jam. Jika anda mengambil bas malam, tentunya anda sampai sekitar awal pagi di Kuala Besut, Terengganu.
Sekiranya anda mengambil bas pagi dan sampai sekitar petang, kemungkinan tiket feri habis dan anda perlu bermalam di jeti untuk menunggu esok hari. Dah membazir masa anda sehari.
Stesen bas pilihan anda – turun di Stesen bas Kuala Besut, Terengganu – jalan kaki ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.
Sesudah sampai di Jeti Kuala Besut, Terengganu, kerja anda sudah mudah. Tak perlu pening kepala lagi. Anda boleh beli tiket bot ke Pulau Perhentian dan tunggu saja.

Harga tiket bot ke Pulau Perhentian (2020)
Jeti Kuala Besut, Terengganu – Pulau Perhentian, Terengganu – Jeti Kuala Besut, Terengganu
Dewasa : RM 70 pergi balik
Kanak – kanak : RM 40 pergi balik
Waktu perjalanan bot
Dari Jeti Kuala Besut, Terengganu : 8 Pagi – 5 Petang , setiap jam satu perjalanan
Dari Pulau Perhentian, Terengganu : 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang , perjalanan ke Jeti Kuala Besut hanya 3 sahaja.
Rancang percutian anda dengan betul. Cari masa untuk bercuti dengan tepat. Kira perbelanjaan dengan cermat.
Berminat untuk bercuti dengan kami, boleh hubungi kami di;
Hamzi – wasap.my/60177331482
Boleh jenguk pakej kami dulu;
Jom tengok lagi artikel kami di sini;
Tips Memancing Di Tasik Kenyir
Aktiviti Menarik Di Pulau Perhentian
Tempat Menarik Di Pulau Redang
Aktiviti Menarik Di Royal Belum
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!