Bagi mereka yang ingin percutian yang terbaik dan menepati citarasa mereka, tentunya mereka akan merancang percutian mereka dengan betul dan padat. Tak seronok jika terjadi apa-apa yang bukan dalam rancangan. Dalam artikel kali ini, saya akan membawakan kepada anda tempat menarik di Pulau Redang yang akan membuatkan anda tertarik untuk ke sana.
Pulau Redang merupakan pulau yang terletak berhampiran Kuala Nerus, Terengganu ini merupakan pusat peranginan yang cukup terkenal dengan keindahan pemandangan pasir pantai, air laut yang jernih dan mendamaikan.
Tempat Menarik Di Pulau Redang
Pantai Pasir Panjang
Pantai ini merupakan pantai yang paling besar jika anda berkunjung ke sini. Ia juga merupakan salah satu destinasi tumpuan bagi pelancong. Pantai ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung untuk snorkeling dan menyelam.
Pantai Teluk Dalam
Selain Pantai Pasir Panjang yang menjadi tumpuan pengunjung, anda juga boleh mengunjungi Pantai Teluk Dalam. Teluk Dalam mengandungi dua pantai yang berbeza, hanya diasingkan oleh satu singkapan batuan tetapi disambungkan oleh sebatang jalan yang dibina di atas bukit.
Teluk ini juga menempatkan Taaras Beach & Spa Resort di mana pengunjung boleh berehat di spa sambil melihat keindahan pantai. Lebih baik jika anda hadir bersama keluarga dan kawan-kawan di sini kerana pemandangannya yang indah boleh membuatkan anda lupa segala masalah di rumah.
Pulau Mat Kepit
Pulau Mat Kepit merupakan antara salah satu tempat pemuliharaan penyu di Terengganu. Sememangnya ramai di antara pengunjung yang merupakan pencinta penyu hadir ke sini. Jika anda ingin, anda boleh melihat penyu bertelur di sini pada musimnya di waktu malam.
Musim penyu bertelur adalah pada bulan Mac sehingga September, jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Pantai Teluk Kalong

Dengan hanya melihat gambar di atas, tentunya anda sudah dapat bayangkan keindahan di sini. Pantai ini sangat sesuai jika anda ingin berkelah, bermandi-manda dan berehat bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Teluk Kalong ini juga terdiri daripada Teluk Kalong Kechil dan Teluk Kalong Besar. Sekiranya anda seorang yang suka bergambar, Teluk Kalong ini amat sesuai untuk bergambar dan dijadikan sebagai memori.
Pasir Mat Simpan
Sekiranya anda lebih selesa untuk snorkeling di kawasan yang kurang dalam, anda disarankan untuk snorkeling di sini.
Jika Pulau Mat Kepit memberikan anda pemandagan penyu menetas, di sini anda boleh menyelam untuk melihat pelbagai jenis spesis ikan-ikan yang cantik.
Sekiranya anda berminat untuk bercuti ke Pulau Redang bersama kami, boleh hubungi kami di;
Hamzi – wasap.my/60177331482
Ingin melihat pakej kami dahulu? Boleh lihat di sini;
Berminat dengan tempat menarik di Malaysia, boleh jenguk di bawah;
Aktiviti Menarik Di Pulau Redang
5 Pulau Wajib Dikunjungi Di Malaysia
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!