#Cilok Gajahan #Coklat Monggo #delicious #Halal Food #halal food for travel #indonesia #jogjakarta #Mee Goreng Jawa #Nasi Uduk #Satay Klatak ( Sate Kambing ) #Tofu Mercon
Jogjakarta sangat terkenal akan pantainya yang berpasir putih dan suasana alam pantai disana. Mencari makanan halal di sana insyaallah di jamin kerana 90% masyarakatnya merupakan Melayu muslim.
Selain itu beberapa menu terkenal masyarakat tempatan di sana juga lebih kurang berbanding di Malaysia. Namun, hari ini saya akan berkongsi dengan anda antara 6 makanan halal yang wajib anda cuba di Jogjakarta.
Antara 6 Makanan Halal Yang Wajib Anda Cuba Di Jogjakarta
1.Tofu Mercon
Tofu mercon ini merupakan menu yang berasaskan hampas soya yang diadun bersama garam, bawang putih dan sedikit ragi. Dibalut bersama cili/lada yang ditumbuk halus sebelum digoreng dan dimakan bersama sambal kicap.
Menu sihat, sedap dan mudah disediakan. Kebiasaan Tauhu Mercon ni dimakan sebagai minum petang.
2. Mee Goreng Jawa
Salah satu menu terbaik yang anda cuba sekiranya ke desa Borobodur, Jogjakarta Indonesia. Namun di Malaysia juga ada terjual di sesetengah kedai makan. Bahan-bahannya juga tak susah disediakan.
Antaranya ialah buah keras, bawang besar, bawang putih, mee segera, kicap pekat, cili api, lobak, sawi, garam dan serbuk perasa.
3. Nasi Uduk
Nasi Uduk ini lebih kurang sama Nasi Lemak yang di Malaysia kerana penyediaannya yang agak sama seperti nasi yang dikukus bersama santan kelapa.
Ia dimakan bersama beberapa jenis lauk antaranya Tempe Goreng, cendawan, Telur Pindang, Sayur nangka, ikan masin dan banyak lagi. Namun Nasi Uduk dimakan dengan pelbagai jenis lauk.
4. Satay Klatak ( Sate Kambing )
Satay klatak bukan satay katak yang seperti anda fikirkan, ia merupakan satay kambing muda. Kenapa kambing muda? Kerana dagingnya lebih lembut dan berjus.
Satay klatak dicucuk menggunakan jeriji rim basikal (besi panjang). Sataynya lebih panjang dan dimakan bersama kuah kicap dengan hirisan bawang dan lada. Ia juga boleh dimakan bersama nasi, gulai perut, gulai daging dan sambal.
5. Coklat Monggo
Coklat Monggo merupakan salah satu cendera hati yang wajib di bawa pulang dari Jogjakarta. Di Chocolate Moggo terdapat pelbagai jenis rasa, tekstur coklat dan peratus kandungan coklatnya.
Antara rasa coklat yang boleh dapati di Chocolate Monggo ini adalah seperti Milk, Dark Chocolate, Caramello, White Coffee, Matcha, Salty Caramel, Pineapple, Marzipan, Hazlenut, Praline, Mango, Strawberry, Durian, Peppermint, Green Tea, Cinnamon, Rendang, Volcano Salt, Nutmeg, Ginger, Red Chilli, Coconut, Orange Peel, Macadamia, Cashew Nuts, Kenari Nuts dan banyak lagi.
6. Cilok Gajahan
Cilok ini merupakan jajanan yang diperbuat dari tepung Tapioka yang berasal dari Jawa Barat. Kebiasaanya, cilok ini terdapat dalam inti daging cincang dan teksturnya yang agak kenyal-kenyal. Cilok ini sangat senang didapati di mana-mana area di Jogja ini.
Jadi apa tunggu lagi marilah cuba makanan yang sedap ini apabila anda bercuit di Jogjakarta yaa..
LIKE our TripJalan.com Facebook and follow our Instagram for more latest travel tips, guides and travel packages.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!