Bagi mereka yang mementingkan budget, mesti nak kurangkan perbelanjaan semasa bercuti kan? Kebiasaannya bilik hotel atau homestay tidak dibenarkan untuk memasak atau tidak disediakan dapur.
Walaubagaimanapun, apabila korang sewa boathouse, dapur memasak yang lengkap biasanya ada dan dibenarkan untuk memasak sendiri. Ini lah masanya untuk menyerlahkan bakat memasak yang terpendam tu!
9 Resepi Mudah Ketika Trip Boathouse
Setelah habis beribu ringgit untuk menyewa rumah bot, korang boleh la melabur untuk membeli barang mentah untuk dimasak sepanjang trip. Tak perlu la upah tukang masak sebab kosnya agak mahal.
Korang hanya perlu beli bahan mentah yang mudah dan murah seperti telur, sardin dalam tin, ayam mentah, sedikit rencah, sayur kobis, cili, bawang dan beberapa lagi bahan masakan.
Kali ini, saya akan share resepi mudah dan sedap untuk korang masak ketika trip boathouse selama 2hari 1malam atau 3hari 2malam.
Resepi ini adalah untuk portion 2-3 orang makan dan korang boleh adjust dengan menambah sukatan yang sesuai untuk hidangan.
Nasi Goreng Telur
Bahan-bahannya:
6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering – direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya:
Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.
Mee Segera Goreng
Bahan-bahannya:
Mee segera – rebus hingga lembut
Daging / ayam
Sosej
Bawang merah
Bawang putih
Cili api / cili mesin
Perencah mee segera kari
Kobis
Telur
Sedikit kicap – untuk menggelapkan sedikit warna maggi
Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah mee segera.
Masukkan juga sedikit kicap dan sayur. Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Mee segera yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.
Telur Masak Masam Manis
Bahan-bahannya:
Telur ayam, jumlah ikut suka
Seulas bawang putih
Sos cili
Air
Gula
Cara-cara membuatnya:
Goreng telur ala mata kerbau dan asingkan. Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat dan tumiskan. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan sos cili dalam kuantiti yang juga ikut suka.
Jika anda suka makan berkuah, masukkan sos banyak sedikit. Akhir sekali, masukkan sedikit air untuk mencairkan sos dan masukkan gula. Kacau sehingga masak. Tuangkan sos ini ke atas telur mata yang telah digoreng tadi.
Sambal Sardin Goreng
Bahan-bahannya:
1 tin sardin
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
Bawang besar – hiris
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi. Balik balikkan ikan supaya masak rata.
Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.
Cucur/Cekodok Bilis
Bahan-bahannya:
Tepung secukup rasa
Sebiji telur
Sepaket rencah nasi goreng, tak kisah perisa apa
Secawan air panas
Secawan air sejuk
Ikan bilis goreng
Cara-cara membuatnya:
Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk. Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk.
Masukkan ikan bilis dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.
Ikan Bakar
Bahan Kisar A
- Cili Kering
- Sedikit Udang Kering
- Sedikit Belacan
- 5 ulas bawang Besar
- 5 ulas bawang Kecil
- 1 labu bawang Putih
- ½ inci Halia
- ½ inci Kunyit hidup
- ½ inci Lengkuas
- 5 batang Serai
- 5 biji Cili Api
Bahan-bahan lain:
- Seekor ikan (Boleh guna ikan hasil memancing)
- Sedikit Gula
- Sedikit Garam
- ½ kiub ikan bilis
- 3 sudu gula kabung
- Daun Limau Purut
- Air Secukupnya
- Minyak Secukupnya
- Daun Kunyit/Pisang (Untuk membalut ikan)
- Aluminium foil
Cara – cara masak pes sambal:
- Basuh ikan bersih dan kelar badannya. Jangan potong ikan, biarkan dimasak seekor-seekor.
- Kisar semua bahan kisar A sehingga betul-betul hancur.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar A sehingga keluar minyak.
- Masukkan sedikit air. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan gula, garam, gula kabung dan kiub ikan bilis.
- Masukkan daun limau purut yang telah diracik-racik
- Kacau sehingga naik minyak sekali lagi.
- Kalau sudah cukup perasa semua, boleh lah ditutup api
Cara-cara memanggang ikan:
- Potong aluminium foil secukupnya (cukup untuk membalut ikan).
- Letakkan aluminium foil di atas dulang. Lampirkan daun kunyit/pisang memanjang.
- Masukkan sedikit pes di atas daun kunyit/pisang.
- Letak ikan diatas pes. Sapu lagi pes di atas ikan.
- Boleh sesuaikan kadar pes mengikut kehendak masing-masing.
- Kemudian balut ikan dengan aluminium foil tadi sehingga betul-betul kedap dan tidak bocor.
- Setelah selesai, panggang ikan dalam aluminium foil di atas pemanggang selama 10 minit sebelah.
- Siap dan boleh dihidangkan.
Ayam Bakar
Bahan-bahannya :
- Ayam bersih seekor
- Pes nasi goreng kampung 2 paket
- Pes tomyam 1 paket
Cara-caranya;
1) Kosongkan isi pes ke dalam bekas berisi ayam yang dah dicuci. Gaul sekata
2) Gaul dengan penuh kasih sayang secukup rasa
3) Perap ayam dalam masa 2 jam atau semalaman. Lebih lama perapan anda, lebih sedap rasa ayam
4)Kemudian… Bakar ! Boleh bakar di atas arang di tempat BBQ. Mmmm sedap
Sup Bayam dan Cendawan
Bahan-Bahan:
2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur
Sandwich Telur
Bahan-bahan:
– 10 biji Telur Ayam (Direbus)
– 4sudu makan mayonis
– Lada sulah
– Sebuku roti saiz bonanza
– 3biji Tomato
– Salad
– Butter untuk sapuan roti
Cara Penyediaan:
1) Telur rebus dihancurkan
2) Kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.
3) Untuk roti, sapukan butter ke atas roti.
4) Kemudian, letakkan adunan telur tadi ke atas roti secukupnya dan ratakan
5) Letakkan ulam salad dan tomato ke atas roti dan kepitkan.
6) Akhir sekali, potong tepi roti dan potong menjadi segitiga. SIAP!
Kesimpulan
Mengapa bersusah-payah memikirkan masakan yang rumit ketika sedang bercuti? Anda hanya perlu memasak dengan bahan yang minimum dan dengan cara yang paling mudah.
Tak perlu menambah budget untuk upah tukang masak dan membayar untuk barang mentah yang entah berapa lagi jumlah nya.
Sit back and relax, bercutilah dengan tenang dan makanlah dengan tenang. Percutian di rumah bot atau boathouse seharusnya memudahkan anda untuk menguruskan budget dan menyeronokkan.
Memasak dan makan bersama-sama akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga dan teman rapat. Tambahan lagi aktiviti ketika trip boathouse tidaklah begitu sukar dan menyeronokkan.
Rancang percutian rumah bot anda bersama kami! 2h1m atau 3h2m di Tasik Kenyir, Terengganu atau Tasik Temenggor, Perak. Kedua-dua nya seronok dan sangat berbaloi!
Anda juga boleh PM 0147206093 untuk info atau tempahan sekarang!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!