Kalau korang nak cari port untuk makan pagi, tengah hari, ataupun malam kami cadangkan untuk pergi ke My Callista Cafe & Bakery. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih menu yang ada di sana.
Makan pagi? tengah hari? malam? semuanya ada. Menu pun pelbagai seperti makanan western , pencuci mulut, kek, dan makanan melayu.
Tempat best untuk makan dan lepak
Di My Callista Cafe & Bakery ni tempatnya sangat selesa dan suasana di dalam kafe sangat tenang. Dekorasi di dalam kafe berkonsepkan keluarga di mana sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga yang ingin makan bersama-sama.
Selain itu, terdapat ruang untuk kanak-kanak dimana mereka boleh bermain bersama di ruang tersebut tanpa mengganggu pelanggan yang lain.
Menu yang terlaris di My Callista Cafe & Bakery
Nasi Ayam Buttermilk
Nasi Buttermilk My Callista Cafe ni adalah one of the best signature menu disini. Kebanyakan pelanggan yang datang kesini akan order menu ni kerana rasa ayam buttermilk yang kurang muak berbanding dengan restoren yang lain.
Rasa ayam buttermilk yang lemak campur dengan rasa pedas dari cili memang membuatkan anda ingin tambah order lagi. Ayamnya jugak digoreng sangat garing di makan bersama dengan sup dan keropok sebagai hidangan sampingan.
Set Korean Platter
Set korean platter ni dihidangkan dalam dulang taw. Dalam set dulang ni kita ada Spicy ramyeon, ayam pedas korea, coeslow, kentang putar, potato fries, dan meatball. Untuk set korean platter ni memang sesuai untuk yang teringin makan feeling kat korea.
Selalunya set ini dimakan untuk 2 – 4 orang makan. Kalau korang datang dengan family atau kawan-kawan memang wajib try menu ni. Dalam satu dulang banyak menu yang korang boleh makan dan puas sangat-sangat.
Cheezy Meatball
Bagi penggemar cheese, korang patut try menu ni. Gabungan cheese, meatball dan sos bolognese memang superb gilerr. Apabila masuk sahaja untuk gigitan pertama ke dalam mulut, rasa harmoni itu timbul dan sangat memuaskan.
Alamat: No. 3 & 5, Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra (4.23 km)
40160 Sungai Buloh
No. Tel: 017-391 1696
Masa buka: 9:00 PG – 10:00 MLM
Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan disini. Kalau korang nak tengok lagi menu yang ada di My Callista Cafe & Bakery korang boleh check out dorang punya Instagram dan Facebook. Kat situ banyak gambar menu-menu yang pasti membuatkan anda ingin datang di sini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!