Bhutan merupakan sebuah Negara Yang Paling Bahagia Di Dunia 😁 Dengan namanya yang cukup Unik pasti akan menarik minat Para Traveller untuk Menerokai negara Bhutan ini.
Tidak lengkaplah Percutian itu tanpa sebarang Oleh-oleh. Haaa Jom kita check it out Buah Tangan Yang Unik Hanya Boleh Dijumpai Di Bhutan !!!
BUAH TANGAN YANG UNIK HANYA BOLEH DIJUMPAI DI BHUTAN !!!
1. TOPENG BHUTAN
Topeng ukiran kayu Bhutan adalah cenderahati yang paling Perfect untuk dibawa ke Tanah Air. Topeng ini merupakan Tradisi & Budaya di Bhutan yang digunakan semasa Menari Tarian Topeng apabila meraikan sesuatu Perayaan.
Pembuatan Topeng tradisional Bhutan agak rumit untuk dibuat dengan ukiran panel kayu & kemudiannya dicat dengan warna-warna cerah. Topeng tersebut juga boleh dijadikan sebagai perhiasan di rumah.
2. BHUTAN RED RICE
Pertanian merupakan peranan yang penting dalam ekonomi Bhutan. Salah satu tanaman utama di Bhutan adalah beras & terutamanya beras merah. Beras tersebut mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin & mineral.
Jika anda bercuti ke Bhutan, anda memang Wajib membelinya kerana Beras Merah di Bhutan rasanya amat Berbeza daripada Beras Merah yang lain. Ia juga dijual secara meluas dalam pasaran tempatan di negara ini.
3.UKIRAN & LUKISAN BUDDHA
Patung-patung & lukisan Buddha Tersangat Popular di Bhutan. Bhutan juga adalah kerajaan Buddha yang terakhir di dunia & lukisan2 Bhutan merupakan sebahagian daripada budaya Bhutan.
Lukisan tempatan yang digelar sebagai lukisan Ihazo Bhutan dibuat dengan cat mineral. Manakala Patung-patung Budha yang unik adalah sebahagian cenderahati yang sepatutnya dibeli untuk dibawa ke Tanah Air.
4. BHUTANESE YATHRA
Yathra adalah produk kain Tenunan tradisional yang tergolong dalam lembah Chumey di Bumthang. Yathra yang cantik ini diperbuat daripada bulu domba yang dicelup dengan warna semula jadi.
Yathra mempunyai pelbagai kegunaan antaranya ialah pakaian seperti kot, beg, shawl & banyak lagi. Ia juga boleh dijadikan Dekorasi Moden seperti hiasan dinding, permaidani, sarung kusyen & Lapik meja.
5. DZI BEADS
Dzi Beads juga dikenali sebagai manik Himalaya ini adalah salah satu Oleh2-oleh yang patut dibeli di Bhutan. Ia digunakan untuk membuat aksesori seperti gelang, anting2, rantai & lain-lain.
Ia mempunyai pelbagai corak seperti oval, bulatan, jalur, zig zags & macam2 lagi. Ia adalah manik paling mahal yang terdapat di muka bumi. Anda boleh mendapatkan Dzi Beads dengan harga yang murah di Pasar2 Tempatan.
6. AKSESORI PERAK & EMAS
Perhiasan yang diperbuat daripada perak & emas adalah perhiasan yang digunakan secara meluas oleh Penduduk Tempatan di Bhutan. Perhiasan ini digunakan oleh wanita Bhutan hampir setiap hari & semasa Majlis2 tertentu.
Perhiasan yang cantik seperti cincin, gelang, anting-anting & perhiasan lengan dijadikan salah satu Buah Tangan yang Popular di Bhutan. Jadi amat rugi jika anda tidak membelinya.
7. MANGKUKU KAYU “DAPPA”
Salah satu Buah Tangan yang anda wajib beli di Bhutan ialah Dappa. Ia adalah mangkuk kayu tradisional Bhutan yang cantik & unik. Ia digunakan oleh kesemua penduduk tempatan di Bhutan ini.
Dappa diperbuat daripada Buluh yang mempunyai pelbagai warna, saiz & reka bentuk. Anda boleh mendapatkan Dappa ini dimana sahaja kedai di Bhutan ini.
8. BHUTAN PURE HONEY
Dengan lebih daripada 70% kawasan yang dilindungi oleh tumbuh-tumbuhan. Bhutan adalah salah satu khazanah yang diberikan oleh alam semula jadi yang terkenal dengan Madu Aslinya.
Madu tersebut mempunyai manfaat semulajadi & mengandungi sebatian antioksidan. Oleh itu, anda sewajarnya membeli Madu Asli Bhutan ini kerana semestinya anda tidak akan memperoleh Madu ini dimana2 lagi.
9. KERTAS TRADISIONAL BHUTAN “DAYSHO”
Kertas Bhutan atau Daysho telah diiktiraf sebagai pusat pembuatan kertas di seluruh dunia. Hal ini kerana Bhutan adalah negara yang memiliki perlindungan hutan yang luas lebih daripada 72% daripada jumlah kawasan tanah.
Kertas di Bhutan kebanyakannya digunakan dalam percetakan kitab suci, perjanjian sah & lukisan manuskrip. Kebanyakan pelancong akan membeli Buku, kad ucapan, notebook, kipas kertas, lukisan & macam2 lagi yang diperbuat daripada kertas.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!