Percutian yang seronok pasti melibatkan bajet. Ada sesetengah orang menyediakan tabung untuk bercuti namun, ada pula yang pergi bercuti secara spontan tanpa apa-apa perancangan.
Kali ini, kita akan melihat perbandingan antara bercuti dengan kenderaan awam dan kenderaan persendirian. Apakah kelebihan dan kekurangan antara dua jenis kenderaan ini?
Percutian Bajet ; Kenderaan Awam atau Persendirian?
Mari kita berkenalan dengan kenderaan awam dahulu. Teksi, komuter, bas ekspres dan keretapi adalah antara contoh kenderaan awam yang boleh dinaiki oleh semua orang. Kenderaan awam ini adalah perkhidmatan perjalanan yang disediakan dan dijaga oleh kerajaan.
Untuk mereka yang merancang percutian di kawasan bandar, perkhidmatan kenderaan awam amat mudah untuk didapati. Namun begitu, terdapat bayaran yang dikenakan untuk setiap perrjalanan.
Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal, kereta mahupun MPV, mereka bebas bergerak kemana sahaja mengikut jadual perjalanan mereka sendiri. Tidak terikat kepada sekatan waktu perkhidmatan atau destinasi tertentu.
Jenis Kenderaan Awam
Terdapat pelbagai jenis kenderaan awam yang boleh didapati di Malaysia seperti bas ekspress, teksi, komuter, keretapi dan sebagainya.
Jenis Kenderaan Persendirian
Kenderaan persendirian merujuk kepada kenderaan yang dimiliki oleh orang persendirian yang digunakan untuk kegunaan sendiri. Contoh kenderaan persendirian adalah motorsikal, kereta, van mahupun MPV.
Kelebihan dan kekurangan antara kenderaan awam dan kenderaan persendirian
| Kenderaaan Awam (Bas eksres)) | Kenderaan sendiri | |
| Kos | Tambang
Makanan |
Minyak
Tol Parking Makanan Penjagaan kenderaan sendiri (Cukai jalan, insurans, minyak hitam, tayar dll) |
| Destinasi | Stesen bas | Lokasi percutian |
| Waktu perjalanan | Tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan | Mengikut jadual perjalanan sendiri (Bebas) |
| Penumpang | Sesiapa yang membeli tiket bas | Keluarga atau teman yang dikenali |
| Kemudahan | Tidak menyeluruh ke semua tempat | Boleh pergi ke semua tempat dengan sendiri |
| Keselesaan | Bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih | Bergantung kepada jenis ataupun pemilikan kenderaan |
Kesimpulan
Antara kedua jenis kenderaan ini, terdapat kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri. Namun begitu, apabila melancong, banyak faktor yang perlu diambil kira. Buat penilaian dari segi ekonomi anda, kemampuan dan fleksibiliti anda.
Apa pendapat anda? Share pengalaman dan pandangan anda terhadap topik ini di ruangan komen.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!