Iceland adalah Destinasi Tumpuan Dunia kerana Terdapat banyak tempat2 semula jadi yang unik & menarik di sini. Tiada apa yang dapat menandingi pemandangan indah di Iceland.
Jom kita menerokai Destinasi Yang Akan Memukau Anda Di Iceland ini.
TOP 10 DESTINASI YANG AKAN MEMUKAU ANDA DI ICELAND
1. SVARTIFOSS WATERFALL
Svartifoss Waterfall atau dikenali sebagai “Black Fall” adalah Air terjun yang paling terkenal di Iceland. Air Terjunnya yang jatuh kira-kira 20 meter & berlatarkan Dinding Batu semulajadi yang unik & menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat view yang eksotik ini.
2. JOKULSARLON
Pantai Jökulsárlón dikenali sebagai “Pantai Berlian,’ kerana terdapat pelbagai potongan ais yang berbentuk unik & cantik.
Jökulsárlón dianggap sebagai keajaiban semulajadi Iceland & menjadi salah satu Destinasi Menarik untuk dikunjungi.
3. BLUE LAGOON
Blue Lagoon adalah Lagun Biru seperti Spa Panas di Iceland Barat Daya. Terletak di medan lava dengan perjalanan melalui spa di bumi gunung berapi.
Selaras dengan alam semula jadi yang cantik, anda juga dapat berenang di Lagun tersebut untuk meremajakan kulit anda.
4. REYNISFJARA BEACH
Reynisfjara adalah Pantai yang menjanjikan anda suasana yang menggembirakan dengan kecantikan yang dramatik sehingga anda tidak dapat lupakannya.
Pasirnya yang hitam & berada berhampiran dengan Kampung Vík, menjadikannya ia Destinasi Pelancongan yang Best di Iceland.
5. HRAUNFOSSAR
Hraunfossar adalah air terjun semula jadi yang sejuk. Ia adalah bawah tanah yang meresap melalui medan lava selama lebih dari 900 meter menjadi jeram sungai.
Ia juga telah Dilindungi sejak tahun 1987 & hingga kini menjadi sungai yang mengalir dengan cantik di Iceland.
6. VATNAJOKULL
Vatnajokull adalah Destinasi yang menjadi idaman kepada setiap pelancong yang menjejakkan kaki di Iceland. Gua Ais Vatnajokull juga dikenali Gua Kristal ini terbentuk secara semula jadi.
Akan tetapi sekiranya anda ingin menikmati keindahannya, Gua ini hanya boleh dikunjungi pada musim sejuk sahaja.
7. MOUNT MAELIFELL
Mælifell adalah Gunung yang terbentuk oleh Letusan Gunung Berapi yang terletak di Dataran tinggi Iceland Selatan & muncul kira-kira 10,000 tahun yang lalu.
Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang ohsem disini, anda boleh mendaki ke puncak Gunung atau menaiki kenderaan 4 × 4 yang menyeronokkan.
8. KIRKJUFELLSFOSS
Kirkjufell adalah Gunung semula jadi yang menjadi tarikan para Pelancong & Jurugambar. Terletak bersebelahan dengan bandar kecil Grundarfjörður & menjadi mercu tanda yang indah di seluruh Iceland.
Terdapat juga Air Terjun yang cukup indah & pemandangan matahari Terbenam yang Menakjubkan.
9. ARTIC HENGE
Terletak di Raufarhöfn, Arctic Henge juga dikenali sebagai Heimskautsgerðið. Arctic Henge adalah sekumpulan batu besar yang disebut Stonehenge kelihatan seperti Pintu Gerbang Batu.
Anda boleh melihat Keindahan Aurora Borealis terpancar dengan cantiknya di Artic Henge.
10. ASKJA
Askja adalah salah satu Destinasi cantik yang ada di Iceland & kawah Gunung Berapi Terkenal di Iceland. Askja merupakan kaldera besar yang terletak di Dyngjufjoll Mountains & Jangkaan tiba ke Askja ini agak lama sekitar 11 jam. Tetapi anda pasti akan Terpaku melihat keindahannya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!