5 pantai tercantik di dunia yang akan membuat anda terpegun dengan kecantikan yang ada di pantai-pantai ini. Dan anda pasti tidak sangka pantai di Malaysia juga tersenarai pantai tercantik di dunia iaitu di Sabah.
INI ANTARA 5 PANTAI YANG TERCANTIK DI DUNIA.
Bulan yang terawal pada tahun baru merupakan bulan yang paling sesuai untuk pergi melancong ke kawasan pantai. Ini merupakan 5 PANTAI TERCANTIK DI DUNIA yang anda boleh lawati dan melancong bersama yang tersayang.
1. MALDIVES
Pantai Maldives terletak di Lautan India. Maldives merupakan pantai paling cantik di dunia yang telah menjadi tempat popular bagi Beach Lovers. Dengan pasirnya yang putih, laut yang biru dan akuatik yang sangat memukau dan batu karang yang berwarna-warni.
2. BALI
Bali merupakan antara lokasi paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan juga masyarakat seluruh dunia. Selain pantainya yang cantik dan jernih, Bali juga terkenal dengan warisan seni, muzik dan tariannya. Negara Bali yang mempunyai Gunung berapi yang cantik ini juga dikelilingi dengan tumbuhan- tumbuhan hijau yang cantik dan tenang.
3. PALAWAN, FILIPINA
Palawan, Filipina terletak sejam setengah dari Manila menaiki kapal terbang . Pantai ini sangat cantik dan mempunyai warna laut yang sangat biru seperti belian. Di samping itu, Pantai Palawan Filipina ini juga terkenal dengan gelaran Sempadan Terakhir . Palawan mempunyai artifak 50,000 Tahun.
4. MABUL, SABAH
Pulau Mabul ini terletak di persisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, sebuah pulau dari pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata yang benar di Laut Selatan. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton
5. BORACAY, FILIPINA
Boracay merupakan destinasi terkenal di Filipina bagi para pelancong. Kejernihan air lautnya mempunyai daya tarikannya tersendiri bagi para pelancong untuk datang ke Boracay. Selain itu, Borocay juga terkenal sebagai sebuah keindahan pulau yang tersembunyi. Boracay sesuai untuk Traveler yang ingin ketenangan dan menghabiskan waktu dengan penuh ketenangan dan jauh dari bandar.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!