Iceland adalah sebuah Negara di Eropah yang menyimpan banyak Rahsia & Misteri Alam Semula Jadi yang Unik. Ia juga sebuah negara yang memiliki Populasi Yang Rendah & merupakan antara Negara yang Terindah.
Haaa tunggu apa lagi, Jom Terokai Iceland Yang Dikenali Sebagai “Land Of Fire & Ice” ini.
JOM TEROKAI ICELAND YANG DIKENALI SEBAGAI “LAND OF FIRE & ICE”
Iceland adalah sebuah negara pulau Nordik di Eropah. Ia memiliki landskap yang dramatik dengan Gunung Berapi, Glacser, Mata Air Panas & banyak lagi yang semestinya luar daripada imaginasi anda.
Tunggu apa lagi Jom kita Ketahui lebih lanjut tentang Iceland ini.
SEJARAH RINGKAS
Iceland didirikan oleh Viking berbangsa Skandinavia & menjadi penghuni pertama di Iceland pada tahun 870. Kemudian Iceland telah mencapai kemerdekaannya dari Kerajaan Denmark pada tahun 1918.
Ia juga sah menjadi republik sejak tahun 1944 & Kini Reykjavík adalah satu-satunya ibu kota di Iceland yang juga dikenali sebagai “Teluk Asap”.
BUDAYA ICELAND
Iceland amat popular dengan Budayanya bervariasi & kaya dengan warisan sastera pada abad ke-12. Seni tradisional di Iceland seperti menenun, perak & ukiran kayu adalah salah satu budaya yang masih diterapkan hingga kini.
Malah di kota Reykjavík juga memiliki banyak Galeri Seni, Muzium, orkestra & macam2 lagi yang menggamitkan lagi suasana di Iceland ini.
KEPERCAYAAN DI ICELAND
Kebanyakan penduduk di Iceland adalah ahli-ahli Gereja Negeri Lutheran & beragama Kristian. Mahupun begitu ada juga penduduk yang masih berpegang teguh pada ásatrú iaitu agama Tradisional Norse.
Disamping itu, terdapat juga penduduk yang mengamalkan agama lain seperti agama Islam yang mempunyai sebuah Masjid di Reykjavík .
TIADA HUTAN DI ICELAND
Terdapat beberapa fenomena yang sangat unik seperti Gunung Berapi & Glasier di Iceland. Kebanyakan negara yang memiliki glasier pasti bergerak perlahan, mengunyah tanah memanjat lembah yang mendalam ke dalamnya.
Kini penanaman semula Hutan di Iceland sedang giat dilakukan untuk mengekalkan kesuburan alam di Iceland.
TIADA MCDONALD
Iceland adalah sebuah negara yang tidak mempunyai McDonalds. Hal ini kerana terdapat sedikit konflik yang terjadi & restoran Burger Tempatan iaitu Hambórgarabúllan begitu popular sehingga orang tempatan memboikot rantaian asing. Jangan risau kerana anda masih boleh menjumpai Restoran KFC di Iceland.
MAKANAN TRADISIONAL YANG UNIK
Iceland juga sebuah negara yang memiliki makanan tradisionalnya yang unik & pelik. Kebanyakan makanan Tradisional Iceland berunsurkan Makanan Viking.
Antaranya ialah Hidangan Svið (Kepala Kambing), Hakarl (Ikan Yu Diawet), Smoked Puffin & banyak lagi. Tidak Terlupa juga Iceland amat popular dengan sosej.
GUNUNG BERAPI & GLASIER YANG MENGAGUMKAN
Iceland adalah negara yang sangat aktif secara Geologi. Terdapat lebih daripada 125 Gunung Berapi di negara ini & ada segelintirnya yang masih aktif. Selain itu, Iceland juga diliputi dengan Glasier & padang salji yang cantik terbentang luas.
NORTHERN LIGHTS & MIDNIGHT SUN
Iceland terletak di Bulatan Artik yang mengalami Musim Sejuk & Panas yang Terpanjang. Dengan hampir 24 jam dalam kegelapan & Senja pada bulan Disember juga 24 jam siang pada bulan Jun.
Oleh itu, Iceland adalah Destinasi yang Terbaik untuk melihat Northern Lights “Aurora Borealis” & Midnight Sun.
ELF & TROLLS
Kebanyakannya penduduk di Iceland mempercayai kewujudan Makhluk Fantastik iaitu Elf & Trolls. Mereka percaya bahawa Trolls & Elf tinggal di pergunungan atau di bawah jambatan.
Dikatakan juga Bau-Bau Sulfur di Iceland adalah berpunca daripada air Mandian Trolls. Elf & Trolls juga dikenali sebagai “Hidden People” di Iceland.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!