Jika anda pergi ke Manila, Filipina tetapi tidak tahu nak pergi kemana ?? Okey, ini lah antara pemandangan di Manila, Filipina yang akan membuatkan anda terpegun apabila anda melihat keindahannya.
Pemandangannya yang sangat unik, tenang dan cantik. ini antara senarai pemandangan yang terbaik untuk anda berkunjung. Disini ada berlainan pemandangan ada pantai, gunung, ladang dan sebagainya. dan ini adalah panduan untuk anda apabila anda ke Manila.
Jika anda peminat pemandangan dan ini la pemandangan di Manila yang akan membuat anda terpegun seperti sedang bercinta.
Pulau Kalanggaman
Pulau Kalanggaman terkenal dengan air yang sangat jernih, pasirnya yang putih dan pasir yang panjang seperti anda duduk betul-betul di tengah laut yang sangat tenang.
Pantai ini selamat, tenang dan sangat santai dan disebabkan itu ia sesuai untuk percutian keluarga atau perjalan yang ingin mengisi masa lapang pada hujung minggu.
Pengunjung juga disarankan membawa makanan kerana disana tiada orang jual tetapi jangan tinggalkan sampah disana kerana pulau itu dijaga dengan rapi.
Air Terjun Tinago
Air Terjun Tinago adalah salah satu air terjun yang cantik dan tidak putus-putus pengunjung. Air Terjun Tinago ini jika lihat di gambar sangat dalam dan tidak akan jejak ke dasar.
Tetapi jika anda melihat pemandangan dan air yang jernih pasti anda tidak mahu terlepas peluang untuk mandi dan anda tidak kisah dengan kedalamannya.
Tetapi anda perlu jaga keselamatan anda juga. Ini sangat sesuai untuk semua usia. Di air terjun itu akan ada ramai pengunjung, ada yang mandi dan ada juga yang ingin bergambar sahaja.
Ugis Peak
Untuk sampai ke Ugis Peak anda perlu hiking sikit jalannya sangat pendek tetapi mencabar kerana trek ke Ugis Peak ini akan memperkenalkan kepada budaya tempatan Teduray ketika anda berjalan anda akan bertembu dengan beberapa petani sepanjang perjalanan anda itu.
Kerajaan disana akan memastikan panduan Teduray untuk anda tahu serba sedikit tentang budaya, tempat dan gunung mereka. Ini sangat popular dikalangan pendaki gunung untuk melihat pemandangan diatas ugis peak ini.
Ladang Alam Semulajadi Costales
Ladang Alamak Semulajadi Coastales ini terletak di bukit gunung Banahaw. Ia adalah destinasi agrotourism terkemuka di Filipina.
Mereka menyediakan pakej pelancongan ke ladang mereka bagi sesiapa yang ingin berehat dan ingin merasai sendiri suasana di ladang itu selama satu atau dua hari.
Ladang ini sangat unik dan cantik pemandangan yang hijau dan juga sangat tenang. Ia sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga untuk meluangkan masa tanpa ada gangguan.
Sungai Abatan Melihat Kelip-Kelip
Di Sungai Abatan ini anda boleh melihat burung-burung dalam gelap sekitar sungai itu. Di Sungai Abatan ini anda boleh dapat pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila anda melihat cahaya dari kelip-kelip dan ia sangat susah untuk dilihat jika bising.
Apabila cahaya dari bintang anda akan melihat kelip-kelip di langit seperti pokok krismas di hutan paya bakau yang anda boleh lihat sekelilingnya. Untuk melihat kelip-kelip ini di Sungai Abatan ini anda kena menaiki boat atau sampan. Satu boat boleh menampung 20 orang diatasnya.
Jika anda pergi ke Manila, Filipina tetapi tidak tahu makanan halal di Manila dimana dan was-was dengan makanan disana anda boleh melihat makanan halal di Manila.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!