Top 10 Aktiviti Menyeronokkan & Mendebarkan Di Melbourne, Australia yang dapat korang semua Join. Selain daripada kota Melbourne yang penuh dengan sejarah, Melbourne, Australia juga adalah destinasi yang Tepat untuk menjalankan aktiviti2 yang menarik & menggembirakan. Lets Check It Out.
TOP 10 AKTIVITI MENYERONOKKAN & MENDEBARKAN DI MELBOURNE, AUSTRALIA
1. LUNA PARK
Luna Park adalah taman tema hiburan yang terletak di St Kilda, Melbourne. Dengan pelbagai aktiviti yang unik, makanan lazat & merupakan Destinasi Percutian untuk hari yang menyeronokkan bersama keluarga & Rakan2 yang tersayang. Terdapat pelbagai aktiviti tunggangan yang menarik seperti Roller Coaster, Pirates Swing & Banyak lagi.
Lokasi : 18 Lower Esplanade, St Kilda VIC 3182, Australia
2. MELBOURNE CITY TWILIGHT KAYAK TOUR
Kayak Tour akan membawa anda untuk menikmati pemandangan Bandar Melbourne yang mempersonakan. Lawatan kayak ini bermula dari Sungai Yarra & akan menyusuri ke kawasan bandar lalu melewati bekas Bangunan Kastam. Anda berpeluang melihat kapal bersejarah & banyak lagi. Semestinya lawatan kayak ini akan memberikan anda pengalaman yang amat bersejarah.
Lokasi : Community Boating Hub at The Dock, 912 Collins St, Docklands VIC 3008, Australia
3. LANTERN GHOST TOUR
Lantern Ghost Tours membuka peluang untuk anda meneroka alam paranormal di Penjara Pentridge yang terkenal di Melbourne. Anda akan mendengar kisah-kisah yang tidak dapat dibayangkan penderitaannya & kematian kejam yang berlaku di penjara yang mengerikan.Dengan 44 mayat yang dikebumikan disini, lawatan ini akan membawa anda ke dalam kengerian sebenar di penjara Pentridge Melbourne.
Lokasi: 12/16 Parker St, Williamstown VIC 3016, Australia
4. TREES ADVANTURE
Trees Advature merupakan Pokok Terbesar di Australia dengan mempunyai Tarikan aktiviti yang menarik. Antaranya ialah rubah terbang, terowong, cabaran menegak 7 banyak lagi. Trees Adanture akan membuatkan anda seperti berada di atas dunia. The Trees Adventure menjanjikan anda suasana yang hebat untuk keseronokan eko-adventure.
Lokasi : Old Monbulk Rd, Belgrave VIC 3160, Australia
5. ZERO LATENCY
Jik anda penggemar memain Video Game, anda pasti akan suka aktiviti Zero Latency ini. Permainan realiti maya di lebih 400 meter persegi. Pertempuran di mana anda adalah pengawal yang harus menyelamatkan dunia daripada serangan Zombie. Permainan ini amat sesuai untuk anda bermain bersama rakan2 & ahli keluarga.
Lokasi : 22-32 Steel St, North Melbourne VIC 3051, Australia
6. GO GHOST HUNTING AT OLD MELBOURNE GAOL
Terokai Jelajah Hantu di Old Melbourne Gaol dan mendengar kisah-kisah yang menyeramkan yang tidak dapat dijelaskan dengan jelas hingga kini. Anda juga akan mengikuti lawatan ke lokasi pergantungan & ruang penjara umum. Lawatan malam ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Kepada anda yang ingin mencabar diri, anda digalakkan untuk kunjungi Old Melbourne Gaol.
Lokasi :377 Russell St, Melbourne VIC 3000, Australia
7. ADVANTURE PARK GEELONG
Advanture Park Geelong adalah taman tema air terbesar di Victoria yang menawarkan keseronokan keluarga yang hebat. Adventure Park Geelong mempunyai beberapa gelongsor air paling terhebat di Australia. Antaranya ialah Coaster Crazy, Red Baron rides,Six Lane Aqua Racer & banyak lagi. Advanture Park Geelong adalah Destinasi yang paling Tepat untuk aktiviti bersama seisi keluarga.
Lokasi : 1249 Bellarine Hwy, Wallington VIC 3222, Australia
8. SHARK DIVE XTREME
Shark Dive dilakukan di Melbourne Aquariam yang memaparkan pelbagai jenis kehidupan laut. Anda berpeluang untuk berhadapan & melihat sendiri Ikan Jerung sepanjang 3 Meter yang cukup menggerunkan. Terdapat pelbagai jenis ikan Jerung yang dapat anda lihat, antaranya ialah Gray Nurse Shark, Blacktip Reef Sharks, Sandbar Whalers, Largetooth Sawfish & banyak lagi.
Lokasi : King St, Melbourne VIC 3000, Australia
9. GREAT OCEAN ROAD SKYDIVING
Great Ocean Road Sky Diving adalah aktiviti yang paling mencabar & indah di dunia. Anda boleh memilih jarak-jarak untuk melakukan aktiviti skydive mengikut jarak yang ditetapkan. Anda akan melihat pemandangan pantai Victoria yang mempersonakan & mendebarkan.
Lokasi : 1421 Barwon Heads Rd, Connewarre VIC 3227, Australia
10. WHITE WATER RAFTING
White Water Rafting adalah aktiviti air yang mencabar agar dapat membina kerja berpasukan. Aktiviti ini dijalankan di Mitta Mitta River yang merupakan sungai jernih bagi aktiviti yang ekstrem. Sementara mengharungi cabaran & halangan semasa water rafting, anda berpeluang untuk menikmati keindahan alam yang mengagumkan di Mitta Mitta River.
Lokasi : Mitta Mitta River, Australia.
Haaaa Apa lagi, Jom lah ke Melbourne, Australia & Join semua Aktiviti2 di atas. Anda Pasti tidak akan menyesalinya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!