Jika berada di luar negara, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititikberatkan, ini bagi memastikan tidak mempunyai masalah jika berada di tempat orang, jika tidak ianya akan melambatkan proses, atau mungkin menyebabkan diri ditahan pihak berkuasa. Ni tips nak elak rasa cuak bila kat sana nanti.
Begitu juga jika berada di lapangan terbang, sama ada untuk berlepas, mahu pun ketika transit. Ini adalah saat di mana rasa berdebar, gemuruh kian tinggi, walaupun tahu tidak mempunyai barang yang salah atau membawa barang yang terlarang, tetapi apabila sudah tiba di imigresen, hati mula berdebar.
SEMUA ORANG “CUAK” BILA MELALUI KAUNTER IMIGRESEN KT AIRPORT … NAH HADAMKAN 10 TIPS NAK ELAK RASA CUAK SUPAYA ANDA DENGAN SENANG HATI MELEPASINYA NANTI
Untuk memastikan kelancaran sewaktu proses di bahagian imigresen, PakNgah ingin kongsikan tip yang boleh dilakukan, agar melepasi imigresen dengan senang hati. Mungkin ia dapat memberi sedikit pencerahan buat anda selepas ini. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.
Ade yang mintak tips camne nak lepas immigration dengan bergaya,hhahahaha. PakNgah pun tak tahu nak cakap macam mana, sebab selalunya main redah aje.
Tapi dari pengalaman dan pembacaan PakNgah, belum confirm lepas, tapi apa-apa hal pun buat dulu kemudian tawakkal, sebab kesian orang-orang yang betul-betul nak travel tapi tak dapat nak lepas border.
Ini boleh dijadikan tip:
1. Kena ada”ticket return balik Malaysia”,tak kisah la betul ke palsu, pastikan sampai KL, setakat onward tiket belum tentu boleh lepas dan kadang2 korang tak boleh checkin langsung untuk fly, ada sorang rakan PakNgah pernah terkena dekat Sri Lanka. Flight pergi Istanbul tak bagi checkin sebab tak ada tiket return walaupun dia ada onward tiket ke negara sebelah, akhirnya dia tersadai 4 hari kat Colombo Airport sebelum fly balik KL terus.
2. Arrival card, pastikan isi borang dengan betul terutama alamat hotel dan phone number, PakNgah selalu letak nombor hotel dan selalunya yang buat sangkut, masalah ini la. Jangan sampai timbulkan persoalan, sebab akan menyebabkan pegawai imigresen tu banyak tanya nanti … maka banyaklah lah anda nak kena jawab uk ah uk ahhh .
3. Booking hotel, kadang2 dorang nak tengok kita punya confirmation booking hotel sepanjang perjalanan kita, jadi sediakan bukti confirmation hotel ini siap-siap.
4. Pastikan passport valid lebih 6 bulan. Kalau cross banyak country, pastikan border terakhir kita nak cross tu, passport kita masih lebih 6 bulan. PakNgah pernah terkena dekat Singapore, nasib baik masuk opis boleh talk lagi. Kalau kena dekat Japan, nak cakap pun payah, kena tendang gitu aje.
5. Jangan bawa barang-barang terlarang, jangan bawak barang-barang yang kena declare dekat kastam, itu semua punca cerita jadi panjang, huhuhu. Sebab satu soalan dia akan berjangkit sampai ke content dalam phone, semua dia siasat.
6. Pastikan phone anda bebas dari content-content berbahaya, seperti lucah, terrorist atau planning nak kerja sana. Incase kena tahan benda-benda ini punca kita ke dalam dulu, sebelum dihantar pulang.
7. Pastikan korang ada itinerary yang legit, tahu mana nak pergi, macam mana, apa saja detail pasal tourist spot. Supaya kita confident nak jawab kalau dia tanya kita nak pergi mana, nak buat apa, sebab itu jangan main copy itinerary orang tanpa buat research.
8. Pastikan bawa cash yang cukup, takkan pergi London bawa RM300, memang tak lepas la, kecuali credit card berderet dan semua card atas nama korang, tak apa.
9. Print semua document-document yang diperlukan, semua booking, semua benda la. Pastikan ada hardcopy, tak tahu kalau system down ke dan ada juga kaunter imigresen negara yang memang tak ada computer, semua masih guna manual, so benda ini perlu, tapi ini negara-negara terpencil la.
10. Rupa, kena buat muka traveller. Jangan buat muka belacan atau muka pemetik apple, hahaha. Ini PakNgah tak tahu nak cakap, kena pergi grooming class, hahaha.
Apa-apa hal pun korang buat la yang terbaik. Kaji, belajar English. Cakap proper English. Senang nak travel. Apa-apa hal, happy travelling.
Credit to Pak Ngah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!