Bosan dengan aktiviti outdoor yang sama di setiap hujung minggu? Nak cari aktiviti outdoor yang lain dari yang lain? Dalam artikel kali ini, saya akan terangkan pada anda beberapa aktiviti outdoor yang menarik dan sesuai untuk dilakukan bersama kawan-kawan atau keluarga.
Aktiviti Outdoor Yang Menarik Dan Sesuai Dilakukan Bersama Keluarga
Aktiviti outdoor yang saya nak terangkan mungkin tak cukup ekstrem bagi sesetengah orang, tapi cukuplah bagi yang nak bersuka ria bersama orang yang disayangi. Okay, jom saya terangkan aktiviti outdoor yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga.
White Water Rafting

Bagi mereka yang ingin mencuba benda baru, saya cadangkan anda untuk mencuba white water rafting, memang seronok. Mungkin penat sedikit tapi aktivit outdoor apa yang tak penat kan.
White water rafting menjanjikan anda pengalaman yang susah anda dapat di tempat lain. Dengan aktiviti yang mencabar dan memenatkan, tentunya anda akan puas.
Ada beberapa tempat di Malaysia yang menjanjikan keseronokan white water rafting seperti;
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Gopeng, Perak
- Sedim, Kedah
- Beaufort, Sabah
Caving

Anda seorang yang sukakan cabaran? Suka tempat gelap? Suka kelawar? Bagus, aktiviti caving memang sesuai untuk anda. Bukan semua orang suka aktiviti caving kerana takut gelap dan memerlukan tenaga yang banyak.
Aktiviti caving memerlukan anda untuk meniarap, merangkak, menyelit dan macam-macam lagi. Terdapat beberapa tempat yang sinonim dengan caving di Malaysia dan sesuai untuk dijelajah bersama keluarga seperti;
- Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan
- Gua Tempurung, Perak
Paragliding

Aktiviti yang semakin popular di Malaysia ini wajib dicuba bagi mereka yang inginkan pengalaman melihat pemandangan seperti burung yang terbang. Turut popular di antara pelancong dari luar Negara, anda memang kena cuba paragliding.
“Tapi saya tak tahu cara nak control paraglide, takpe ke?”
Takpe, ada pakej tandem paragliding cik. Jangan risau. Anda tinggal layan pemandangan di atas dan paraglide akan dikawal orang mereka yang terlatih.
Destinasi paragliding yang popular di Malaysia ialah;
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Bukit Jugra, Selangor
Boathouse

Dengar boathouse mesti terfikir, apa yang lasak di tempat ini kan. Bagi mereka yang hadir bersama keluarga atau kawan-kawan dan mahukan percutian yang santai, boathouse memang sesuai untuk anda.
Di sini, anda boleh habiskan masa dengan berehat melihat pemandangan di tasik. Bagi mereka yang minat memancing, boleh habiskan masa anda dengan memancing.
“Habistu cik, takkan la nak memancing je dekat boathouse?”
Jangan risau sebab kebanyakan boathouse ada arah perjalanan mereka dan ada aktiviti yang anda boleh buat sepanjang perjalanan anda. Ada hiking, mandi air terjun dan macam-macam lagi.
Ada beberapa tempat yang sediakan pakej boathouse seperti;
- Boathouse Royal Belum, Perak
- Boathouse Tasik Kenyir, Terengganu
Saya dah berikan beberapa aktiviti outdoor yang anda boleh plan bersama keluarga atau rakan-rakan kan. Apa lagi, plan baik-baik dan ajak mereka.
Jika anda berminat untuk aktiviti outdoor bersama kami, boleh contact saya di
Hamzi – Trip Jalan Jalan
Berminat untuk lihat apa yang kami sediakan untuk pakej outdoor, lihat di sini;
Jom lihat lagi artikel kami di sini;
Tempat Menarik Di Pulau Perhentian
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!